Saturday, August 10, 2013

malaysia vs barcelona separuh masa pertama

bukan lagi satu fantasi, tetapi ia satu realiti..sekarang ni waktu rehat separuh masa pertama dimana pasukan barcelona mendahului 2-1.

separuh masa pertama boleh dikatakan best jugak. especially masa cubaan mat yo menjaringkan gol. berani dan confidence.walaupun tak gol, aku punya jerit kemain beriya. macam tak sangaka dapat lihat scene sebegitu dalam team bola kita. itu kita nak lihat ada pada team harimau malay kita. and hopefully each of player ada semangat seperti mat yo.

jaringan gol sulung oleh amri yahya patut diberi pujian. kita boleh nampak betapa beraninya tendangan gol dia. bukan macam setengah player yang aku nampak tadi macam takut takut je nak kecek bola. mak aku yang tak tengok bola pun meluat tengok cara sesetengah player harimau malaya main. tapi time amri yahya gol tu mak aku puji. ini adalah rare ok, sebab mak aku bukan layan bola.

tapi aku sangat kecewa gol kedua barcelona tadi. nampak macam mudahnya gol. aku tak harap nak tengok scene sebegini bila lawan dengan barcelona. harap apek lebih fokus lepas ni.

apa-apa pun, aku harap sangat separuh masa kedua ni ada keajaiban berlaku. harimau malaya, fighting

Thursday, August 01, 2013

pemain hoki negara, Chua Boon Huat maut dalam kemalangan



pemain hoki negara, Chua Boon Huat, 33 tahun maut di dalam kemalangan jalanraya selepas keretanya melanggar sebuah lori menyiram pokok bunga di lebuhraya LDP, awal pagi tadi. difahamkan kemalangan berlaku berdekatan dengan LRT Kelana Jaya.

mungkin secara kebetulan, mendiang yang memakai jersi nombor 3, meninggal pada pukul 3.00 pagi dan berusia 33 tahun.

berikut adalah dari petikan daripada blog hoki malaysia

The social media is abuzz with news that 33 year old Chua Boon Huat died in an accident with a lorry at the LDP Highway at 3.00am today.
How ironic can fate be as Chua dons the number 3 jersey and died at 3.00am and was 33 years old.
It is a tremendous loss to Malaysian Hockey and to me.
I received a text message from national team manager George Koshy who was trying to verify if the tragic news was true.
The fact that only hours earlier Chua was at a breaking of fast function with the rest of his team mates made it look that it was a nasty joke.
But alas it was no joke and a legend of Malaysian hockey has met with an untimely death.
Chua and I go a long way back, all the way to 1995 when he turned out for Yayasan NS in the MJHL.
He holds the record of the most capped hockey international in Malaysia having surpassed Nor Saiful Zaini and S.Kuhan after been given a new lease of life in international hockey by coach Paul Revington.
A quiet and unassuming person, my last conversation with him took place just a day before the World League commenced in Johor Baru and he enquired about my Mums condition then.
Chua, or Apek as he is known in the hockey fraternity hails from Malacca and made his debut for the national team at the 1998 Commonwealth Games.
Given a break by the then coach Paul Liseek, Chua has the distinction of playing in several overseas leagues, namely in Austria, Bangladesh, Germany, and England.
A bachelor who wanted to end his single life, Chua also ventured into coaching as he coached Pahang in the last Malaysian Games.
There is just so much I want to write about him but coming to terms with this tragedy is difficult especially since I am not in Malaysia at the moment and will not be able to pay my last respects.
To his family and loved ones, this is an untimely death, especially when Chua had made it clear to me that he was he'll bent to play on until the Rio Olympics.
Words are not flowing freely as I come to terms with this tragedy, praying that its not true.
I will indeed miss you my friend.

personally, mendiang memang merupakan favourite player aku waktu zaman kegemilangan aku main hoki dulu. yang pasti, negara kita kehilangan seorang atlit yang sangat berbakat.RIP Chua Boon Huat.

pada yang lain, berhati-hatilah ketika memandu di jalanraya.

till then, assalamualaikum

Wednesday, July 31, 2013

cerita ramadhan aku

salam puasa
salam kepada yang tak sabar nak beraya (aku ler tu)

diam tak diam nak dekat sebulan dah berpuasa. kalau dedulu, rasa lama bebeno puasa sebulan tu. maklumlah, zaman-zaman jahiliah tak terasa betapa nikmatnya berpuasa.la ni, bila hati dah terbuka nak bertaubat (alhamdulillah) barulah terasa nikmatnya puasa sehari. hopefully perasaan ini kekal sampai akhir hayat (amin!)

ceta pasal bazaar ramadhan..rasanya tahun ni kurang sikit kot berbelanja sakan ke bazaar ramadhan. mula tu, macam nak dietlah kononnya. well, nama pun konon-konon kan, diet semua campak ke laut. tapi campak di sisir-sisir pantai la sebabnya, dalam masa konon-konon tu, 30 peratus berjaya jugak la. bukan dari segi turun kg, tp dari segi turunnya RM berbelanja.

aku rasa minggu pertama puasa kot yang berjaya beli satu jenis benda je untuk berbuka. no more extra food, kuih segala bagai jangan nak mimpi. mulanya rasa nak ngelat-ngelat la sesikit kan.. tapi malangnya, ada dua orang ala serupa hitler memantau segala gerak beli aku untuk tahun ini. so ada berani ko nak lawan hitler?? mak tak sanggup diknon

puasa pertama, sahur aku makan roti sardin gardenia yang berharga RM0.90 SAHAJA. air aku bancuh sepeket ephyra. (start first puasa try ephyra sebab jeles muka osmet tidak serupa planet marikh lagi *kidding) SAHAJA tu aku sengaja buat capslock. aku pun macam tak caya tapi kang makan lebih ada kena bantai dengan hitler-bermuka-licin karang. :p

tapi tulah, kelebihan puasa. kalau hari biasa ni, tak breakfast pun boleh sampai pitam lah, nak pengsan lah bagai. bila tang puasa makan roti seketul je pun, elok je sampai ke petang. nampak tak betapa propanya aku sebelum ni. hoh.

time buka pulak aku kirim kat opis boy suruh beli nasi ayam JE. JE tu capslock sebab exegerrate. sengaja aku kirim. aku tau kalau aku yang pergi, memang takde maknanya beli satu jenis je. karipap kompem sepuluh biji. tu tak ceta ayam goreng singgit la, bla bla.

so hari pertama puasa, perbelanjaan aku adalah sebanyak RM5.90. tu pun sebab ayam mahal nak kena maki. aku bajet bawah RM5 dengan harapan ade balance la. harapan palesu belaka

so diet aku ni, ala-ala satu jenis je bila buka bertahan seminggu je kot. sebab lepas tu ade balik kampung. aku sampai2 je umah, nah amik ko seperiuk sup tulang mak aku buat.tiga kali aku tambah nasi. minggu berikutnya pulak, banyak jemputan berbuka, aku apa lagi basuh selera je la jawabnya. minggu ketiga, aku da peot. diet memang dah tak wujud dah time ni. bawak roti tiga buku kat opis, habis aku balun sehari. plus buat megi lagi. bermaharajalela konsepnya.

la ni, minggu-minggu terakhir nilah nak cuba diet. kot kalau menjadi la kan. tapi hari ni aku bedal nasik jugak lauk ayam golek separuh. tp kongsi dua... ayat penyedap hati

itu je la cerita ramadhan aku tahun ni. ramadhan kali ni alhamdulillah, satu sesi solat pun aku tak tinggal which is pada aku memang perubahan besar la dalam diri aku. setan-setan takde dah nak bisik-bisik kat telinga. aku harapkan benda ni berkekalan.(amin!) lagi, ada hamba allah dengan baik hati memberi mercun klcc (kot) sebanyak 138 das. aku pun macam seram nak bakar. ade jugak polis datang tangkap tak sempat nak melaram baju raya. tapi tu lah ek, 138 das tu kalau bakar, berapa lama dia meletop. kalau dekat sejam, tak dayo acik nak nunggu doh.orang dah bagi free, ai pun sebat je la dengan ucapan trimass uols.

ni cemano nak main neh? acik tak pandai do, kang tobaka lak satu kampung


so, macam mana ramadhan korang? mai mai la share. sharing kan caring? gittew

till then, assalamualaikum
and... xoxo

Saturday, June 22, 2013

hello?

 ye, masih wujud cuma saiz badan membesar lagi.

:)

Sunday, July 01, 2012

penangan tak tidur jam 3 pagi

harini 1 Julai 2012 bersamaan hari ahad. Jam pukul 3. 45 am mengikut waktu di laptop.

tempat : ruang tamu di kampung
reason tak tido : penat sebab pagi tadi ada kenduri tahlil.

..


ok aku tipu. sebenarnya teruja sebab umah da masuk internet *yahuu*


takda ape nak cerita pun sebenarnya. nak cerita pasal kenduri tak rajin. dari tadi tak abis abis gugel itu ini. tibi pun terbukak jugak. ada sepupu dok tengok drama kat astro prima. tajuk dia Hans M.


cerita dia? macam syial ko. apesal la cerita ni macam berkonsepkan gay? and sumpah, aku sangat tak suka suara mamat yang tah sapa nama tu.. suara macam alih bahasa. aku tak pastilah adekah mamat tu secara purposely buat suara yang sangat annoying tu or memang dia bersuara annoying sentiasa..


eh, nak cakap pun rasa meluat

tu lah dia, zed zaidi pung pang sini sana kononnya pertahankan industri tanah air kita. tapi kalau kualiti begini lah kan, toksah dok berangan lah. ape kadang2 yang tulis skrip ni tak pasan ke kalau cerita korang ala ala syok sendiri? serius tak paham lah.

tiber cerita artis...kehkeh.

tutup tibi lagi senang. puas hati aku.

till then, bai bai

Tuesday, February 21, 2012

selasa yang akward

salam hari selasa.

bagi yang duduk di sekitar putrajaya, jangan lupa hari ini ada pasar tani di presint dua. jadi mana-mana surirumah yang malas nak masak, boleh la beli lauk di pasar sahaja. bagi bujang macam aku beli barang then masak untuk memantapkan lagi skil  haruslah malas jugak. tak koser nak masak makan sorang.

lately aku pun taktahu la kenapa aku ni makin boring. cakap pun macam dah takde idea. buat lawak pun, lawak yang aku ketawa sendiri. and aku nak gelak pun  rasa macam awkward?

segala benda yang aku nak buat dah tak terasa umph. dulu heboh nak buat kraft terbengkalai sudah.. sebok kata diri ni kreatip amik gambar, aku tengok dslr naik berabuk dalam almari. dan sekarang nak tengok korea pun malas.



ni simptom apa ni? eh, aku tak sukalah.kbai


si librarian yang tensi kekdahnya

Tuesday, November 29, 2011

blog not found

gila kau tak terkejut bila kau search blog kau, search kata blog kau has been removed? tak pasal-pasal menggelabah tetek hari ni. nasib login thru blogger boleh. kalu tak matiela mak nangis.

ni apa blogger buat prank ke apa? *masih tak puas hati*

ceh kau ni, blog kene removed bising, blog ada taknak plak update kan? haha

salam selasa uol dan salam bertemu kembali. kepada follower aku yang seramai lapan puluhribu orang itu, mesti dashboard engkau orang seakan terkejut melihat kewujudan blog ini kan? hehe. owner masih sehat dan bulat seperti biasa. cuma jari semkain gemuk akibat jarang di eksesaiskan

cerita terkini tentang aku, masih hidup. masih pura-pura busy. yang berbeza sikit. now aku da pandai layan bola. and a big thanks to housemate, punca segala wabak.

cerita pasal bola ni kalau nak cerita da basi dah. Apex pun da ada kontroversi yang terbaru. eh?

memula sekali sebab penyebab kenapa terjebaknya ngan bola ni masa game terengganu vs negeri sembilan. selaku rakyat yang sayangkan nogori eh, maka aku dengan bersungguh-sungguh menonton bola di tibi tanpa mempedulikan korea mahupun the sims sosial walau seminit dua.  begitu komited la kononnya. hasil eh sangat pueh hati. nogori sembilan monang yop, gogar la umah kek presint kejiranan den hasil dek jeritan den neh. osmet penyokong terengganu panas hati yo tapi apa kan dayo. kan da terus speaking.

start game tu lah, terus macam semangat gila tengok bola. semangat yang aku langsung tak jengah sims ataupun melayan korea. kau ingat senang ke sehari aku tak ngadap dua benda tu.

tapi apa pun saya amat berbangga la kerana gejala-semangat-bola ini hanyalah temporary saja. buktinya, sekara pra-olimpik, aku malas nak layan apetah lagi nak menonggok di hadapan kaca televisyen. lebih baik aku main sims. dan aku rasa sedikit sebanyak ini disebakan bahana fuckery la ni.

cerita lain pulak, aku hari  ni telah memaki diri sendiri kerana terlupa membawa USB cable for blackberry. maka, tak boleh nak main sims apatah lagi mahu woohoo!demmit. opis lak kedek game sims pun nak block. kan boleh jana minda tu. *tiba*

so, itu aje la update konon-terkini pasal aku. pasal orang lain, hattan nafi dia bercerai.eh?


okla, dah pukul 2 petang. sebagai R48, aku terpaksa turun ke dewan untuk rehersal.

sehingga aku rajin untuk masa akan datang


xoxo

Thursday, October 06, 2011

R.I.P Steve Jobs (Co-Founder Apple)

Salam hari khamis,

pagi-pagi housemate da kepoh bagitahu co-founder Apple, Steve Jobs passed away.

Steve Jobs, a very genius person

Walaupun personally aku tak pakai satu produk apple pun, tapi bila tahu dia passed away, adalah rasa sedikit sedih. kau tengok betapa smart + genius mamat ni. dari produk ipod hingga ke ipad. tu semua daripada idea mamat ni lah.

aku ingat salah korang kawan aku penah cita yang mamat ni sakit kanser. disebabkan dia tahu dia hidup tak lama, dia keluarkan semua idea yang ada kat kepala dia before dia mati. itu sebab masa i-phone 4 baru launched, tak lama tu ipad pulak keluar. lepad tu ipad2 pulak.

aku nak cerita panjang pasal mamat ni, aku tak bapa kenal.apa-apa pun, refer kat sini

punya lama tak update, sekali update cerita orang RIP. haih

okla,

pura-pura bizi. till then, muah

Wednesday, August 24, 2011

malam yang sepi, pi, pi

lama betul menyepi.

dia ada satu tahap, memang tak rajin nak update apa-apa, even banyak benda yang nak direpekkan. adakah petanda menopause?

ahh, tidakk. ai tak rela yu.

sejak menjadi gila korea ni, memang dah tak pikr apa dah. kerja tu ofkos busy. hari-hari boleh kata sampai rumah almost 9pm. waktu ramadhan ni je tak rancak sangat. gila kau nak buka dalam opis?

da balik rumah, layan korea pulak.lepas tu, tido. itulah routine yang sama. housemate kat rumah pun boring sebab dia rasa macam duduk sorang.

sian kat housemate. sebangai tanda maaf, meh layan satu klip korea ni. ini favourite saya ni. teehee



 2NE1 - Go Away


p/s: boleh bayang housematenya hidung keluar asap. dia tak suka korea.hihi

Thursday, June 02, 2011

malam yang sepi dan gigih

mentang-mentang da belajo update through henpon, gigih kan update. Kalau tak empat bulan satu entry pun payah. Haha.

sekarang banyak benda dah boleh buat dengan tipun. ym, facebook, twitter, myspace, wordpress etc etc suma tada hal. aku ingat lagi masa tahun 2007. masa tu mobile web baru nak popular. kalau nampak status orang kat ym "mobile" da rasa macam canggih gila. masa tu prepaid tak ada lagi internet plan. kalau kau guna prepaid dia kira pay per use.rate prepaid mahal nak mampus. 0.01 sen/kb. kalau bill pulak RM99/unlimited.

masa tu aku tengah menggila ym. Broadband masa tu baru keluar. ada broadband macam lebih baik takde. Signal dia tangkap gprs je. Lemb gila. Sebab gila punya pasal, aku sanggup topup RM100 sehari semata mata nak online through hp. Bukan lama pun dapat online-nya. Tak sampai setengah jam, baki prepaid aku da tinggal bapa sen je. Aku siap pasang status jgn buzz aku dengan any audible icon. Nak jimat kb punya pasal.hehe. zaman tu aku memang pro bab-bab setting gprs ni.itu sebab aku apply keje maxis. la ni kalau tanya satu apa pun aku tak ingat. hehe

masa aku kerja maxis, aku pernah jumpa kes orang guna internet mencecah RM30 ++ ribu. T_T aku tak leh bayangkan macam mana dia guna hanpon dia. menangis-nangis mamat tu. tapi nak buat macam mana kan, after investigation memang ada proof kau guna. kalau tak silap aku dapat waiver but not the whole amount. time tu takde lagi sistem capping. sekarang ni kalau kau guna internet kat phone without purchase any internet package, maximum kau kena bayar adalah RM250. broadband servis pun aku tengok da ok. tak macam zaman kerja maxis. time tu, kalau customer tanya pasal data/broadband aku da peluh-peluh standby nak kena maki.

hmm, rindu pulak perasaan peluh-peluh nak kena maki. :)

entry da kemain panjang aku tulis. oi, mata. kau taknak lelap ke????

dahla. aku cuba nak main-main lelap.

bai
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, June 01, 2011

Bersiaran dari putrajaya

Salam rabu. Sejak dah tahu boleh update through blackberry ni, maka aku pikir reason busy tu dah tak boleh digunapakai.

Hari ni besday osmet. Maka, bawa osmet keluar pergi alamanda. Hati osmet kena amik, kasik dia touching lebih sikit. Mana nak dapat osmet yang punya hati baik macam ni ooo.

Ok. Aku admit ada menggunakan kaedah bodek disini. Maaf osmet.

Selamat harijadi osmet. Semuga diperbanyakkan ringgit malaysia, semuga naik pangkat, semuga mendapat gaji RM10 ribu ke atas, semuga mendapat rumah banglo tiga tingkat, semuga gembira, semuga kurang dugaan, semuga dipersehatkan tubuh badan dan semuga kita bersahabat berkekalan. Amin!

(Ada orang penah cakap, kalau nak doa kena kasik clear. Ni betul-betul clear aku bagi. Khas untuk osmet)

Dah. Aku nak makan. Till then, xoxo















Sent from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, May 31, 2011

tips : update entry melalui email

malam ini agak gigih dan rajin nak update blog. tak mahu merapu panjang, entry kali ni aku nak ajar macam mana nak update blog melalui email.

oh ya, ini hanyalah praktikal jika kau pakai blogger. wordpress atau selain daripadanya aku taktahu.

mukadimah.
apa yang aku ajar ini amatlah berbaloi pada sesiapa opis dia dah blocked blogger. takpun bagi mana-mana pengguna smartphone iphone, blackberrry. bagi pengguna blueberry, maaf anda tak layak.

cara-cara.
caranya mudah sekali. thanks to osmet yang mengajar.

login blogger > settings > email & mobile. sini aku kasi print screen sikit

tengok bahagian posting options

under email posting adress ni yang perlu kau isi. tak faham? meh aku explain. ini adalah email rahsia kau. maksudnya, kalau kau nak update entry through email, kau kena send email kat adress ni. yang belah depan [i.e nirea.nor] tu dia auto-generated. system akan terus ambil id kau. tak boleh nak tukar dah. yang dia letak secret itu adalah kata rahsia kau. contoh, kalau kata rahsia aku adalah jebon, maka email aku akan jadi nirea.nor.jebon@blogger.com. jadinya bila kau nak update blog via emial, sendkan entry kau ke alamat ini. dia mesti blogger.com ye, bukan yahoo atau gmail etc etc

kata rahsia ni mesti kau seorang je tau. kenapa? sebabnya nak menjaga security of your entry. kalaulah jiran kat kampung kau tahu kata rahsia ni, buatnya dia buat entry hina islam, tak pasal-pasal kau kena tangkap. sekarang kau paham konsep kenapa kau sorang je boleh tahu kata rahsia tu?

conclusion
aku da try via email dan via blackberry. testing aku berjaya. kalau lepas ni aku tak update entry jugak, taktahu la nak cakap apa.

hopefully tips ini membantu. thanks to osmet, sebab beri info ni. :)

penutup
dah, nak busy balik. selamat malam

xoxo

busy



mengupdate blog bukanlah menjadi favourite aku, lately ni. padahal hati ini meronta-ronta nak update. macam-macam benda aku nak merapu. aku nak cerita hari lahir aku, nak cerita langgar tembok, nak cerita g hari belia etc etc. tapi kesudahnya haram apa pun aku tak update. bukan setakat tak update, nak log in blogger pun malas. bila osmet tanya kenapa aku tak update blog, busy adalah jawapan yang terbaik. memanjang aku kata busy. busy ke aku ni? busy tapi aku sempat main game winlines hari-hari. busy tapi aku sempat buat bisnes part time. yang ikut sebenarnya, memang aku busy. sempena dapat bos baru yang semangat dia fuhyoh! so, aku memang busy. tahun lepas sasaran kerja tahunan (SKT) aku ada tiga belas perkara saja. tahun ni dah mencapai sembilan belas perkara. 


kau ada kerja sampai sembilan belas perkara? ? itu tak termasuk lagi perkara mengikut arahan dari semasa ke semasa. mahu muntah darah kalau fikir.


dah, cukup setakat itu. aku akan cuba update sekerap yang mungkinlah lepas ni. mungkin update blog ni kena masuk SKT baru laju sikit entry. ngehngeh

oklah, mahu tengok tv busy. till then, xoxo

Friday, April 01, 2011

rebecca black: fiday

sebab kepala aku da sebu kerana hari ini hari jumaat, maka aku takda mood nak buat kerja. lagi takda mood nak pikir mahu update apa.



oh,hari ini hari jumaat.  aku mahu share video clip ni dengan korang. the most annoying video katanyaaaa. ini adalah antara video clip yang traffic dia tinggi sebab lagu dia sangat annoying.

tak caya, kau referlah komen dia.fuh, dasat. coba orang melayu komen cani kat artis kita, minggu depan pasti kau dapat lawyer letter kena saman.

partyin' partyin' fun fun
today is friday, tommorrow is saturday.

antara rangkap lagu yang pada aku dia mengajar orang tentang hari esok adalah hari apa. dia tak best lah kalau layan lagu takde lirik. jap aku google lirik dia


(Yeah, Ah-Ah-Ah-Ah-Ah-Ark)
Oo-ooh-ooh, hoo yeah, yeah
Yeah, yeah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah-ah-ah
Yeah, yeah, yeah

[Rebecca Black - Verse 1]

7am, waking up in the morning
Gotta be fresh, gotta go downstairs
Gotta have my bowl, gotta have cereal
Seein’ everything, the time is goin’
Tickin’ on and on, everybody’s rushin’
Gotta get down to the bus stop
Gotta catch my bus, I see my friends (My friends)

Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

[Rebecca Black - Verse 2]

7:45, we’re drivin’ on the highway
Cruisin’ so fast, I want time to fly
Fun, fun, think about fun
You know what it is
I got this, you got this
My friend is by my right
I got this, you got this
Now you know it

Kickin’ in the front seat
Sittin’ in the back seat
Gotta make my mind up
Which seat can I take?

[Chorus]

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday

Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

[Bridge]

Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday (Partyin’)
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today

Tomorrow is Saturday
And Sunday comes after...wards
I don’t want this weekend to end

[Rap Verse]

R-B, Rebecca Black
So chillin’ in the front seat (In the front seat)
In the back seat (In the back seat)
I’m drivin’, cruisin’ (Yeah, yeah)
Fast lanes, switchin’ lanes
Wit’ a car up on my side (Woo!)
(C’mon) Passin’ by is a school bus in front of me
Makes tick tock, tick tock, wanna scream
Check my time, it’s Friday, it’s a weekend
We gonna have fun, c’mon, c’mon, y’all

[Chorus]

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

It’s Friday, Friday
Gotta get down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend, weekend
Friday, Friday
Gettin’ down on Friday
Everybody’s lookin’ forward to the weekend

Partyin’, partyin’ (Yeah)
Partyin’, partyin’ (Yeah)
Fun, fun, fun, fun
Lookin’ forward to the weekend

walaupun cubaan memasukkan nigga untuk me'rapper's lagu, rebecca black masih gagal menambat hati masyarakat.

eh, tapi aku rasa lagu dia best lah *tangan kat dada, kepala pandang atas*


dah, aku nak balik. bai

ken li

satu perkara yang aku belajar dari video klip ini.



hidup mesti, konfiden. sebab bila kau konfiden, orang pun tak berani nak betulkan kau.

memang terbaik ah ken li ni.

Tuesday, March 22, 2011

radiasi dari jepun sudah tersebar di malaysia?

baru-baru ni kita dikejutkan dengan satu lagi serangan tsunami yang berlaku di jepun. aku sendiri sebak bila men-youtube tsunami tersebut. betapa besarnya kuasa-Nya dan somehow, dia buat aku bersyukur bila mana malaysia masih terselamat daripada segala musibah/malapetaka.

tapi kalau tengok tajuk, aku bukan nak ulas pasal tsunami jepun. tadi aku terima sms dari osmet. dia pesan "eh kamu. buat masa ni jangan beli sushi or anything related ya. kurangkan makan ikan gak. saya baca diorang tulis radioaktif dah bergerak ke sini"


comel message osmet ni. *tengokla osmet sape* sengih sengih baca message osmet. pandai osmet bloghopping ye. macam makcik gossip pun ada.

maka aku yang curious terus meng-google. takut jugala sebab sushi tu adalah antara favourite tu. hasil dari google, banyak gossip yang aku baca. ada yang dah kata dah sampai, tak boleh keluar rumah bila hujan. ada jugak yang kata dah ada yang admit. tapi ada jugak yang kata tak. haih.

tapi saya ada la ter-link pada satu blog ni. meh kita terjah
http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/03/radiasi-dari-jepun-akan-tersebar-ke.html

somehow, after i read the entry, adalah logik jugak apa yang dia tulis. plus, video you tube betul betul buat aku faham tentang radiasi tu. so cerita radiasi tersebar sampai ke malaysia tu mungkin betul, mungkin tak jugak

pada aku, its depends la pada diri korang masing. sebabkan aku ada osmet yang kiut yang bagi message kiut itu, maka aku pilih untuk stop makan shushi[em, peberet], stop makan ikan,start pakai mask and kurangkan kena hujan.

goodbye my lover sushi.

maka, sebenarnya aku tiada pilihan selain dari makan ayam/daging kan? takpelah kalau ia akan menyebabkan aku terlebih gebu [sooner] asalkan aku tak kena radiasi. kan osmet?

oh ye. pada sesiapa yang masih mengikuti perkembangan terkini di jepun, pandangan aku better kau pi check dekat FB Amir ni. info dia adalah lebih tepat daripada media yang lain.


dah pukul lima. dah dua minggu aku pura pura busy punch out pukul 8 malam. so hari ni aku nak punctual.

sebab nak shopping. till the, xx

Putrajaya International Hot Air Balloon 2011

pada minggu lepas, berlangsungnya pesta hot air balloon buat kali ketiga di presint 2, putrajaya pada 17-20 mac, 2011.



dulu, masa aku tak menetap kat putrajaya ni, kemain gigih aku nak pergi hot air balloon ni. sanggup nak datang balik putrajaya waktu hari sabtu/ahad. kemain menggeletis lagi. tahun ni, dah duduk sekankang kera je, nak menjengah pesta pun aku taknak.

tahun lepas, beria-ia aku. maklumlah first time. pesta berlangsung 3 hari, 2 hari aku sanggup datang. hari pertama aku datang pukul 7.30 pagi which is aku ingat dah terlalu awal la kononnya untuk p beli tiket naik hot air balloon tu.hari sabtu, takkan la ada orang kan nak bangun pagi semata nak p pesta, and aku adalah totally wrong, di mana pada pukul 730 pagi aku sampai tu la, putrajaya ni dah ibarat jalan ampang waktu peek hour. jalan pun dah tak nampak punya ramai orang. yang nak beratur naik belon tu, da sampai ke jambatan macam pulau pinang tu ramainya. tapi aku gigihhh jugak nak beratur. dahla tiket limits 300 orang satu sesi. padahal aku yang kat jambatan tu mungkin orang yang ke-999, gigihhh jugak nak beratur.

seperti takyah jangka, memang aku tak dapat nak naik belon tu. sedihnya tak payah cerita. kawan kawan pun sama. maka, masing-masing decide esok pi lagi. kali ni nak p lebih awal lagi. ambik kau, pukul 530 pagi kami da terpacak dekat pintu tiket.

tak. aku bukan orang pertama depan pintu. depan aku ada lebih kurang 10 orang. tak tahu la kot kalau diorang berkampung dekat situ. siap ada yang subuh kat tepi jalan tu. aku sempat lelap tepi jalan. tak peduli lah orang nak pandang ke apa.kau bayangkan lah penangan hot air balloon pada aku suatu ketika dulu.

taapi pukul 800 pagi, orang depan aku yang mulanya 10 orang tu dah jadi dekat 100 orang pulak. ni la masyarakat kita. diorang ni bab nak menipu memang kreatif. macam-macam taktik aku tengok. aku? takde maknanya nak pandang jeh. kalau nak makan maki, try lah.

kalau belajar dulu gigih macam ni mungkin da JUSA C kot sekarang? :p
sebab gigih sangat, dapat jugak tiket naik hot air balloon tu. kemain riang hati ni. tengok punye la ramai beratur berebut tiket aku ingat naik hot air balloon tu dia bawak g merayau-rayau putrajaya ni. harammmmm.

ada la dua hot air balloon yang diikat. so sapa dapat tiket akan masuk dalam bakul dan balloon akan naik, dalam masa sepuluh minit kot. ya...belon panas yang diikat tu naik lebih kurang sepuluh minit kat situ je. jangan nak berangan macam boleh pi ke tempat lain. macam tak padan jenuhnya aku nak dapat tiket. nak ikut bodoh, bodoh aku la kan tak survey dulu.ni ni ngan penat aku kejar tiket, ngan berperang lagi ngan manusia potong queue, macam macam. bila kenang-kenang balik memang lawak. dah la bakul dia takdak pintu. mana yang gebu macam aku ni payah jugak la nak keluar masuk bakul.

dua hot air balloon yang diikat dan terbang tak tinggi tapi RM10
at least aku ada la pengalaman. tu sebab jugak la tahun ni macam endah tak endah je. seronok memang seronok.

boleh nampak muka dengan jelas adalah bukti ketara dia tak naik tinggi. RM10 okeh


si penggigih beratur dari 5.30 pagi.yang penting, merasa

tapi kenang balik nak sesak-sesak, nak bau ketiak, belum lagi kena himpit-himpit. takpe la kot. bagi can la orang luar putrajaya. aku, lebih baik duduk lepak pullman. tenang je rasa. :)

Tuesday, March 01, 2011

angin lalu membawa diriku

hari ini hari selasa.sekarang jam kat pc aku dah menunjukkan pukul 7.34 malam. dan aku masih lagi berada di opis.sila percaya



dan macam tu lah rutin aku untuk dua minggu akan datang. dalam dua minggu cukup nak naikkan kulat kat blog aku nih.

tekanan jiwa aku. sigh

Thursday, February 17, 2011

d'angelo & amanda are the winner live to dance

ini adalah carian aku di google. tak sangka rupanya dah ada pemenang. sebab aku tengok kat tv sekarang ni diorang di tahap semi final baru. ke aku yang outdated?

tudiah. berotot perut. (credit to CBS)


bagi siapa tak pernah nak follow d'angelo & amanda adalah peserta dari rancangan live to dance channel 712. aku masa first time tengok diaorang buat show dah boleh agak diorang akan menang. dapat $500,000 tu. kalau convert duit malaysia dalam  2 juta lebih. wohoa! *menggelupur

kau bayangkan, d'angelo ni baru 9 tahun. amanda pulak 10 tahun. dalam usia macam ni, diorang boleh beat orang yang 7 8 kali ganda usia diorang. korang kalau tengok show diorang, perghhh! lentik gila si amanda. 

inilah mat salleh kan. anak muda muda mak pak dah decide nak suruh anak anak buat apa. $500,000 dalam usia 10 tahun adalah sangat wohoa! tak boleh aku nak imagine. kat malaysia ni 9 10 tahun masih banyak yang main pasir aku rasa. masih lagi ramai yang berperangai sakai.

aku masa 9 tahun masih main lawan pemadam dan tenteng. ballet pun belum wujud dalam minda aku. yang aku tahu. bangun pagi, nangis, mak sediakan air panas, minum mili, g sekolah, time rehat main kejar kejar. balik umah tengok tomato man, takpun flashman.esok benda sama ulang balik.

ini baru tengok live to dance. belum lagi masterchef junior, terus aku rasa aku ni cacat. T_T kau bayang umur baru nak menetas jagung tapi kemain masak itu ini. aku masak nasi pun masih fail lagi. kadang kadang lebih air, kadang-kadang terus lembik.

tengok budak budak ni kemain. tengok bahan terus tahu nak buat apa. kalau akuuu, menggelupur terus sawan babi.

lepas ini aku taktahu la ape lagi junior junior di barat mampu buat dan membuat aku rasa retarded sepanjang masa. dah, sekian update bosan kali

jelajah muar part 2 : ikan bakar sabak awor

ok sambung cerita jelajah muar aku.

masih di hari pertama di muar. hujan stilll tahap leleh leleh lagi. dari pagi aku sampai muar, tak pernah berhenti hujannya. disebabkan hujan, banyak jugakla plan yang terpaksa dikubur. punah harapan. so malam ni, kitaorang decide nak makan ikan bakar.

before this, aku selalu ceta kat osmet betapa murahnya makan ikan bakar di muar. ikan nya sangat fresh. mana tak nya, muar kan bandar nelayan. so ke-fresh-an dia adalah guarantee. so, ikan bakar sabak awor ni terletak dekat pinggir muar. jalan macam menuju ke batu pahat. kalau dari muar, kau ikut sign board ke hospital. lepas hospital, kau terus sikit sampai kau jumpa traffic light pelik. dia bukan simpang dua atau empat. dia simpang tiga yang pelik. kau amik paling kiri dan terus sahaja. nanti lepas satu sekolah, kau jumpa la signboard dia. kedai ni nak ikutkan lokasi dia belakang umah orang

aku pun da lama tak datang. dah banyak berubah. tempat pun da renovate nampak cantik. kalau kedai lama macam kedai nak runtuh je. mula tu takut jugak aku. mana la tahu lepas renovate ni harga dia mencanak naik. so kat sini banyak kedai. kalau ikut lokasi kedai lama, aku suka kedai paling hujung. ni banyak da berubah, owner kedai hujung pun aku tak kenal, maka aku tentukan nasib melalui foursquare.

kalau ikut tips foursquare ni, ramai yang suggest kedai dua paling hujung. aku dan osmet gamble je pergi.

so, kitaorang amik ikan tuka. ikan tuka ni ikan pari saiz kecik. rasa dia lebih manis dari pari. so ikan ni aku suruh orang tu masak sambal.

lepas tu kitaorang amik siakap. siakap dia pun tak ada size yang macam 2 orang makan. paling kecik pun yang macam 3 4 orang makan. yang ni, tokey kedai suggest masak tiga rasa.

lepas tu amik sotong. aku dengan tamaknya amik banyak gila sotong dia. macam lupa je yang makannya cuma kami berdua. sotong aku mintak buat sotong goreng tepung only.

cukuplah tu. ikut hati macam macam mahu.kat sini, jarang orang makan dengan nasi putih. mostly akan request nasi lemak. so dua nasik lemak.

sambil tu aku order otak otak dari warung sebelah. otak otak muar ni memang best. isi dia merah yang bukan kaler. dia punya rasa, memang umph. pedas tapi sedap, si osmet yang tak makan otak otak pun jadi gian. saiz besar besar pulak. ngancam abis.
harga otak otak RM0.50/sebatang.selalu dia come to set. so RM5/set (10 batang)

so, meh aku riview satu satu. tuka masak sambal dia memang ngancam gila. pedas, lemak, manis semua cukup. bila perah asam limau lagi gila terangkat. fuh!!

tuka/pari masak sambal


ikan dia. em, tiga rasa pada aku biasa je. mungkin kami bukan penggemar tiga rasa. tapi tahap fresh tu tak ada pertikaian la. tak ada bau, daging pun kenyal. agak mengah nak abis sebab size di luar batasan kami.

sikap tiga rasa


sotong goreng tepung dia pun ngancam jugak. dia macam a lil bit different macam yang aku selalu makan di ibukota. dia crispy. kat sini aku tak menyesal pun amik banyak sebab best

sotong goreng tepung "crunchy"


nasi lemak dia best. bukan nasi lemak tak cukup sifat. lemak semua cukup.

nasi lemak singgit


otak otak, memang terbaik. macam mane aku rasa 4 tahun dulu, macam tu jugaklah sekarang. sedap, juicy. menggigil bila aku naik taip ni. pergh pergh.

set (10 batang)

see? ngancam kan?

result? kenyang to the max. nasib cuaca hujan membantu aku untuk jadi lapar selaparnya.

masa nak panggil suruh kira, dalam pale otak aku da buat kira kira dah. kalau tengok saiz hidangan, aku budget dalam 90 ringgit ke atas. sekali bila tengok bil..........

RM36.60 termasuk air. macam tak caya je. murah yang semurah murahnya.

sotong goreng tepung................   RM10.60
siakap 3 rasa............................   RM15.00
tuka sambal..............................   RM7.00
nasi lemak................................   RM2
air............................................   RM2
TOTAL...................................   RM36.60

nasi lemak dia rm1/sepinggan. murah woo. sotong tu kira aku amik banyak tau. ikan cuma rm15 sahaja. sampai dalam kereta cerita pasal murah ni tak abis. memang ada can nak ngulang lagi.

balik tu tak pergi mana sebab masih hujan lagi. nak round round pun macam tak ada apa. muar ni kul 9 malam da mati. semua kedai da tutup. so aku ajak osmet round dekat tanjung.

tanjung ni kawasan lepak paling popular di muar. tapi malam malam ni port mat rempit. aku nak lepak lama pun tak selesa sebab tengah malam kalau kereta park tepi tepi tu diorang lepak cara lain. so lepas duk 2  3 minit, kitaorang pun blah balik hotel. dengan suasana hujan leleh leleh tu tanpa buang masa aku tidur.

so, esok aku sambung cerita hari kedua. so dont missed out

till then, good nite semua

xx

Friday, February 11, 2011

jelajah muar part 1: kedai satay


seperti satu malaysia sedia maklum, awal bulan hari tu adalah minggu yang heaven bagi si-penggemar -amik-cuti. cuma apply *cuti annual leave dua hari, dapat cuti straight lapan hari.

*hanya applicable bagi yang kerja normal atau di sektor kerajaan sahaja.


*dan sangat heaven gilaaa...

bagi sapa sapa penggemar makan, aku syor kan sangat lah korang pi muar, johor. pergh, syurga makanan murah.

ok takmo panjang panjang merepek, moh kita cerita.

perjalanan dari ibukota ke muar, johor aku estimated dalam sejam setengah. kalau korang bawak busuk busuk style pun dalam 2 jam lah. masuk plus highway, sila exit tangkak. pas bayar tol, kau belok kiri, terusss je sampai la muar.

tapi, aku exit ayer keroh. sebab aku cheapskate nak bayar tol banyak banyak. kalau korang tahu shortcut melaka, keluar ayer keroh. pastu amik AMJ

* cerita pasal AMJ, aku mati mati ingat dia shortform Arah-Melaka-Johor. Rupa rupanya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin. T_T malu aku sebab confident gila dengan osmet.

so dari nilai exit ayer keroh cuma RM12.40 Oh! sebelum tu, aku lupa. aku isi minyak full. estimate dalam RM60++.  dari exit air keroh ke muar dalam 40 minit. lalu AMJ ni memang adventure skit sebab banyak traffic light. tak silap aku dalam 15 traffic light gitu. taaapi sebab mode aku mode cuti cuti, aku tak ada kuasa nak maki maki. sambil jalan pun sambil tengok kampung ngan lembu, fefeeling gitu~

kitaorang sampai muar dalam kul 10 pagi terus usha satay. muar ni glemer dengan breakfast satay. osmet bulan lepas ada pergi satu  kedai dengan family dia. the thing is, dia tak hengat jalan tu. aku plak nama je duduk muar bertahun tahun, tapi aku jarang breakfast kat bandar. aku selalu brunch terus. eceh.

so, berpusing pusing la aku mencari kedai yang dimaksudkan osmet. setahu aku, kedai breaksfast satay muar yang popular yang kat depan bus stand muar tu je la sebab penah masuk tv3. tapi osmet kata tidak, sebab kedai yang dia pergi kedai buruk je dan bukan depan bus stand. itu dia pasti.

nasib bukan aku bawak kereta. maka berpusing pusing la kami satu bandar tu demi osmet nye kedai pilihan. satu tips pasal muar ni. aku paling tak suka drive kat muar. drivernya punya samsengggg, mengucap panjang aku. kau tak caya? meh test bawak keta, biar aku bawak. sebab aku kan membesar kat sini. so tipsnya adalah, mana mana jenis orang bawak kereta macam perempuan yang baru dapat P, pikirlah enam  tujuh kali bila drive kat muar ni. lagi satu, jammed di muar adalah takda bezanya macam kau di ampang, kolumpo. sila percaya

ok, balik ceta satay tadi. last last kitaorang give up. so kitaorang cadang nak makan dekat kedai satay yang dekat ngan affin bank tu je la even itu pun bukan kedai idaman osmet. so, lepas park kete tu, kitaorang jalan pi kedai. sambil tu mata melilau gak memerhati.mungkin dah rezeki kami.  rupa rupanya kedai tu betul-betul depan kedai satay yang sebelah affin tu. kedai serius buruk gila. mana la nak perasan.

osmet? gembira tak terkata gayanya

so, location kedai ni adalah berdekatan bus stand yang sebelah TRADER hotel. kedai dia adalah berhadapan dengan kedai satay sebelah affin. dia sederet dengan kedai majalah/buku. kedai dia memang buruk gila. aku tak dapat nak snap picture dari luar sebab ujan dah start gemuk gemuk dah. kedai dia memang nampak macam kedai cina tapi dont worry, tukang buat makan semua melayu.

makan kat sini, satay tak payah order. dia akan datang sepinggan dengan ada macam macam jenis satay. make sure kau datang awal la. dapat merasa semua satay yang ada. dia ada satay ayam, satay daging, satay perut, satay paru, satay hati. aku tak dapat nak merasa satay hati sebab abis. harga dia murah gila, RM0.50 sebatang/semua jenis.so konsep dia, makan mana kau nak. mana yang kau tak makan dia tak kira. so let say kau tak makan satay perut, kau biarkan je. nanti dia amik balik.kalau nak tambah just kau laung je. nanti diorang datang bawak satay terus letak pinggan.cool gila


ni kuah kacang dia. kau tengok timun dia potong besar besar. tak kedekut. ai like

wohoo! sate dia. double like. ada satay ayam, satay daging and satay perut.

see the juicy of satay pperut. *drooling


cup yang sangat oldschool.
rasa dia? jauh lebih sedap dari haji samuri. tekstur dia lembut, juicy. bila makan rasa manis satay tu.ni aku taip ni pun rasa nak drooling jeh. aku syorkan kau try sate perut dia. marbeles!!!!!!

selain satay, dia ada mee rebus dan lontong. aku mee rebus ni kureng sikit. so aku amik lontong.siap kuah kacang yang banyak. orgasma bila hirup kuah. osmet pulak makan mee rebus. teruja gila muka dia

kau tengok sambal kacang dia. tak ke orgasma bila makan.slurrp.

nampak cam biasa. rasa????? ngancam. aku yang tak suka jadi suka.
so harga makan kat sini memang murah gila. macam tak caya aku dan osmet belasah 38 batang.tu pun kalau ikut nak lagi, tetapi nasib satay perut dah abis

ini adalah senarai harga makanan kedai sate sedap depan affin tu.

satay semua jenis.............................    RM0.50/sebatang
lontong siap telur kuah lodeh 
ngan sambal kacang.........................    RM2/sepinggan
mi rebus ada telur...........................     RM3/sepinggan

murah kannnn????

pas makan, kitaorang terus usha hotel. nama hotel ni STREETVIEW HOTEL. location dia sebijik dalam chinatown tapi facilities dia wa cakap lu, terbaik ah. dah la murah.meh aku story sikit pasal hotel ni

Streetview Hotel

  • Hotel ni actually ada adik beradik lain:- Riverview hotel [mak dia] dan Townview Hotel [kembar dia] yang dua ni aku tak tahula best ke tak. kau cari la review sendiri.
  • rates dia pulak seperti yang tertera. tapi aku booking online ni dapat speacial rate RM80/night. promosi ni aku taktahu la sampai bila

rates for Streetview hotel.
for more info, log on to http://www.riverviewhotel.com.my
  • ini bukan hotel cikia cikia ye. location je chinatown tapi security dia tip top. parking lot best. tapi belakang hotel.
  • kau nak naik lift kena ada kad access. without kad access, lift tak terbukak. canggih wo! 
ada direction how to use. kalau tak boleh, kau terbalikkan kad. agak poning juga

canggih! security kira tip top
  • bukak pintu bilik pun kena ada kad access. ni standard la. tapi yang tak best if kau orang datang ramai ramai dan jalan pecah pecah susah la. sebab kad ada satu je. tak memasal kena duduk lift jadi jaga tunggu orang
  • tv dia, tv lekap dinding dan baru. channel tv dia ada astro ria, afc, standard channeld, espn. channel movie sila berangan.  kettle ada, cuma fridge takde lah.
  • paling best, design dia adalah fuh yohhh! cantik dan bersih
  • pintu toilet dia macam closet. pastu tempat shower adalah transperant ok.
  • andd dia ada satu tingkap di mana kau leh duduk kat situ sambil verangan. tapi view dia adalah china town je la bukannya pantai mahupun taman cantik.
  • sebelah hotel ni ada pasaraya macam nak bankrap tapi ada kedai buku bernama POPULAR yang besar. best sebab ada jual pencil pelik pelik dan murah
  • kalau kau  tau jalan, aku syorkan kau orang jalan kaki saja lah. sebab dekat. tapi kalau jenis malas cam aku, naik kereta, nuff said
benda aku paling suka design toilet dia. macam dalam closet gitu. terasa seperti  dalam Narnia.

aku jakun kali pertama. suka!

bilik air yang ala transperant. wohoo! sexy

dari depan pintu. simple and i like it to the max!

cantik. nuff said. totally worth it with rm80 per night

simple. suka design tempat sangkut baju.

tv yang best. fefeeling. see the tingkap. tempat tu muat untuk duduk bersila

view bila aku snap duduk dari tingkap

tingkap feeling. maaf for view chinatown but who cares. tinted. takda masalah kalau nak naked

simple but still ok

view dari atas katil


sangat worth it dengan RM 80 yang kau bayar. cuma hari aku datang, receiptionist dia adalah sedikit cibai. muka masam nak mati. period kot. 

masa aku datang tu, hujan adalah jenis leleh leleh tak berhenti-henti dari pagi. dan adalah sangat mematikan mood cuti cuti aku. tapi aku dan osmet gigih jalan kaki pi supermarket sebelah yang ada kedai buku tu.

tips kedua bila bercuti di muar. kalau kau check in kat hotel ni dan jalan jalan, sure kau akan nyonya tak betul sikit dan mintak kau duit. tapi kau jangan takut, sebab nyonya ni mintak dengan cara sangat polite.

"akak, mintak duit sikit boleh tak?" see? polite gila kan nyonya ni. sopan je. tak bagi pun macam kesian je. kat muar orang gila dia banyak yang style macam ni.

disebabkan hujan adalah bukan jenis tahap leleh leleh dah, maka kami tak dapat nak merayau lebih jauh lagi. just dapat masuk guardian, dengan senheng, benda benda yang leh dapat kat ibukota. *sangat frust.

so petang tadak buat apa lah. aku duduk camwhore kat bilik je sambil layan afc pastu tido. ingat kalau bangun nanti hopefully hujan berhenti tapi harammmm. sampai malam macam tu.

nasib bilik best so sedap aku nak golek golek. hotel ni aku tak pasti ada connection wifi ke tak dalam bilik as both of us tak bawak lappy pun. but if refer to website dia kata ada. 

aku mengantuk dah. esok aku sambung update lagi cerita makan atau tips yang kekonon macam orang nak baca tapii suka hatila aku nak pos kan?

salam gudnite semua


from diva budget

**gambar aku update esok.mata da makin mengecil ni. sudah berjaya update!


xx