Thursday, February 17, 2011

d'angelo & amanda are the winner live to dance

ini adalah carian aku di google. tak sangka rupanya dah ada pemenang. sebab aku tengok kat tv sekarang ni diorang di tahap semi final baru. ke aku yang outdated?

tudiah. berotot perut. (credit to CBS)


bagi siapa tak pernah nak follow d'angelo & amanda adalah peserta dari rancangan live to dance channel 712. aku masa first time tengok diaorang buat show dah boleh agak diorang akan menang. dapat $500,000 tu. kalau convert duit malaysia dalam  2 juta lebih. wohoa! *menggelupur

kau bayangkan, d'angelo ni baru 9 tahun. amanda pulak 10 tahun. dalam usia macam ni, diorang boleh beat orang yang 7 8 kali ganda usia diorang. korang kalau tengok show diorang, perghhh! lentik gila si amanda. 

inilah mat salleh kan. anak muda muda mak pak dah decide nak suruh anak anak buat apa. $500,000 dalam usia 10 tahun adalah sangat wohoa! tak boleh aku nak imagine. kat malaysia ni 9 10 tahun masih banyak yang main pasir aku rasa. masih lagi ramai yang berperangai sakai.

aku masa 9 tahun masih main lawan pemadam dan tenteng. ballet pun belum wujud dalam minda aku. yang aku tahu. bangun pagi, nangis, mak sediakan air panas, minum mili, g sekolah, time rehat main kejar kejar. balik umah tengok tomato man, takpun flashman.esok benda sama ulang balik.

ini baru tengok live to dance. belum lagi masterchef junior, terus aku rasa aku ni cacat. T_T kau bayang umur baru nak menetas jagung tapi kemain masak itu ini. aku masak nasi pun masih fail lagi. kadang kadang lebih air, kadang-kadang terus lembik.

tengok budak budak ni kemain. tengok bahan terus tahu nak buat apa. kalau akuuu, menggelupur terus sawan babi.

lepas ini aku taktahu la ape lagi junior junior di barat mampu buat dan membuat aku rasa retarded sepanjang masa. dah, sekian update bosan kali

jelajah muar part 2 : ikan bakar sabak awor

ok sambung cerita jelajah muar aku.

masih di hari pertama di muar. hujan stilll tahap leleh leleh lagi. dari pagi aku sampai muar, tak pernah berhenti hujannya. disebabkan hujan, banyak jugakla plan yang terpaksa dikubur. punah harapan. so malam ni, kitaorang decide nak makan ikan bakar.

before this, aku selalu ceta kat osmet betapa murahnya makan ikan bakar di muar. ikan nya sangat fresh. mana tak nya, muar kan bandar nelayan. so ke-fresh-an dia adalah guarantee. so, ikan bakar sabak awor ni terletak dekat pinggir muar. jalan macam menuju ke batu pahat. kalau dari muar, kau ikut sign board ke hospital. lepas hospital, kau terus sikit sampai kau jumpa traffic light pelik. dia bukan simpang dua atau empat. dia simpang tiga yang pelik. kau amik paling kiri dan terus sahaja. nanti lepas satu sekolah, kau jumpa la signboard dia. kedai ni nak ikutkan lokasi dia belakang umah orang

aku pun da lama tak datang. dah banyak berubah. tempat pun da renovate nampak cantik. kalau kedai lama macam kedai nak runtuh je. mula tu takut jugak aku. mana la tahu lepas renovate ni harga dia mencanak naik. so kat sini banyak kedai. kalau ikut lokasi kedai lama, aku suka kedai paling hujung. ni banyak da berubah, owner kedai hujung pun aku tak kenal, maka aku tentukan nasib melalui foursquare.

kalau ikut tips foursquare ni, ramai yang suggest kedai dua paling hujung. aku dan osmet gamble je pergi.

so, kitaorang amik ikan tuka. ikan tuka ni ikan pari saiz kecik. rasa dia lebih manis dari pari. so ikan ni aku suruh orang tu masak sambal.

lepas tu kitaorang amik siakap. siakap dia pun tak ada size yang macam 2 orang makan. paling kecik pun yang macam 3 4 orang makan. yang ni, tokey kedai suggest masak tiga rasa.

lepas tu amik sotong. aku dengan tamaknya amik banyak gila sotong dia. macam lupa je yang makannya cuma kami berdua. sotong aku mintak buat sotong goreng tepung only.

cukuplah tu. ikut hati macam macam mahu.kat sini, jarang orang makan dengan nasi putih. mostly akan request nasi lemak. so dua nasik lemak.

sambil tu aku order otak otak dari warung sebelah. otak otak muar ni memang best. isi dia merah yang bukan kaler. dia punya rasa, memang umph. pedas tapi sedap, si osmet yang tak makan otak otak pun jadi gian. saiz besar besar pulak. ngancam abis.
harga otak otak RM0.50/sebatang.selalu dia come to set. so RM5/set (10 batang)

so, meh aku riview satu satu. tuka masak sambal dia memang ngancam gila. pedas, lemak, manis semua cukup. bila perah asam limau lagi gila terangkat. fuh!!

tuka/pari masak sambal


ikan dia. em, tiga rasa pada aku biasa je. mungkin kami bukan penggemar tiga rasa. tapi tahap fresh tu tak ada pertikaian la. tak ada bau, daging pun kenyal. agak mengah nak abis sebab size di luar batasan kami.

sikap tiga rasa


sotong goreng tepung dia pun ngancam jugak. dia macam a lil bit different macam yang aku selalu makan di ibukota. dia crispy. kat sini aku tak menyesal pun amik banyak sebab best

sotong goreng tepung "crunchy"


nasi lemak dia best. bukan nasi lemak tak cukup sifat. lemak semua cukup.

nasi lemak singgit


otak otak, memang terbaik. macam mane aku rasa 4 tahun dulu, macam tu jugaklah sekarang. sedap, juicy. menggigil bila aku naik taip ni. pergh pergh.

set (10 batang)

see? ngancam kan?

result? kenyang to the max. nasib cuaca hujan membantu aku untuk jadi lapar selaparnya.

masa nak panggil suruh kira, dalam pale otak aku da buat kira kira dah. kalau tengok saiz hidangan, aku budget dalam 90 ringgit ke atas. sekali bila tengok bil..........

RM36.60 termasuk air. macam tak caya je. murah yang semurah murahnya.

sotong goreng tepung................   RM10.60
siakap 3 rasa............................   RM15.00
tuka sambal..............................   RM7.00
nasi lemak................................   RM2
air............................................   RM2
TOTAL...................................   RM36.60

nasi lemak dia rm1/sepinggan. murah woo. sotong tu kira aku amik banyak tau. ikan cuma rm15 sahaja. sampai dalam kereta cerita pasal murah ni tak abis. memang ada can nak ngulang lagi.

balik tu tak pergi mana sebab masih hujan lagi. nak round round pun macam tak ada apa. muar ni kul 9 malam da mati. semua kedai da tutup. so aku ajak osmet round dekat tanjung.

tanjung ni kawasan lepak paling popular di muar. tapi malam malam ni port mat rempit. aku nak lepak lama pun tak selesa sebab tengah malam kalau kereta park tepi tepi tu diorang lepak cara lain. so lepas duk 2  3 minit, kitaorang pun blah balik hotel. dengan suasana hujan leleh leleh tu tanpa buang masa aku tidur.

so, esok aku sambung cerita hari kedua. so dont missed out

till then, good nite semua

xx

Friday, February 11, 2011

jelajah muar part 1: kedai satay


seperti satu malaysia sedia maklum, awal bulan hari tu adalah minggu yang heaven bagi si-penggemar -amik-cuti. cuma apply *cuti annual leave dua hari, dapat cuti straight lapan hari.

*hanya applicable bagi yang kerja normal atau di sektor kerajaan sahaja.


*dan sangat heaven gilaaa...

bagi sapa sapa penggemar makan, aku syor kan sangat lah korang pi muar, johor. pergh, syurga makanan murah.

ok takmo panjang panjang merepek, moh kita cerita.

perjalanan dari ibukota ke muar, johor aku estimated dalam sejam setengah. kalau korang bawak busuk busuk style pun dalam 2 jam lah. masuk plus highway, sila exit tangkak. pas bayar tol, kau belok kiri, terusss je sampai la muar.

tapi, aku exit ayer keroh. sebab aku cheapskate nak bayar tol banyak banyak. kalau korang tahu shortcut melaka, keluar ayer keroh. pastu amik AMJ

* cerita pasal AMJ, aku mati mati ingat dia shortform Arah-Melaka-Johor. Rupa rupanya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin. T_T malu aku sebab confident gila dengan osmet.

so dari nilai exit ayer keroh cuma RM12.40 Oh! sebelum tu, aku lupa. aku isi minyak full. estimate dalam RM60++.  dari exit air keroh ke muar dalam 40 minit. lalu AMJ ni memang adventure skit sebab banyak traffic light. tak silap aku dalam 15 traffic light gitu. taaapi sebab mode aku mode cuti cuti, aku tak ada kuasa nak maki maki. sambil jalan pun sambil tengok kampung ngan lembu, fefeeling gitu~

kitaorang sampai muar dalam kul 10 pagi terus usha satay. muar ni glemer dengan breakfast satay. osmet bulan lepas ada pergi satu  kedai dengan family dia. the thing is, dia tak hengat jalan tu. aku plak nama je duduk muar bertahun tahun, tapi aku jarang breakfast kat bandar. aku selalu brunch terus. eceh.

so, berpusing pusing la aku mencari kedai yang dimaksudkan osmet. setahu aku, kedai breaksfast satay muar yang popular yang kat depan bus stand muar tu je la sebab penah masuk tv3. tapi osmet kata tidak, sebab kedai yang dia pergi kedai buruk je dan bukan depan bus stand. itu dia pasti.

nasib bukan aku bawak kereta. maka berpusing pusing la kami satu bandar tu demi osmet nye kedai pilihan. satu tips pasal muar ni. aku paling tak suka drive kat muar. drivernya punya samsengggg, mengucap panjang aku. kau tak caya? meh test bawak keta, biar aku bawak. sebab aku kan membesar kat sini. so tipsnya adalah, mana mana jenis orang bawak kereta macam perempuan yang baru dapat P, pikirlah enam  tujuh kali bila drive kat muar ni. lagi satu, jammed di muar adalah takda bezanya macam kau di ampang, kolumpo. sila percaya

ok, balik ceta satay tadi. last last kitaorang give up. so kitaorang cadang nak makan dekat kedai satay yang dekat ngan affin bank tu je la even itu pun bukan kedai idaman osmet. so, lepas park kete tu, kitaorang jalan pi kedai. sambil tu mata melilau gak memerhati.mungkin dah rezeki kami.  rupa rupanya kedai tu betul-betul depan kedai satay yang sebelah affin tu. kedai serius buruk gila. mana la nak perasan.

osmet? gembira tak terkata gayanya

so, location kedai ni adalah berdekatan bus stand yang sebelah TRADER hotel. kedai dia adalah berhadapan dengan kedai satay sebelah affin. dia sederet dengan kedai majalah/buku. kedai dia memang buruk gila. aku tak dapat nak snap picture dari luar sebab ujan dah start gemuk gemuk dah. kedai dia memang nampak macam kedai cina tapi dont worry, tukang buat makan semua melayu.

makan kat sini, satay tak payah order. dia akan datang sepinggan dengan ada macam macam jenis satay. make sure kau datang awal la. dapat merasa semua satay yang ada. dia ada satay ayam, satay daging, satay perut, satay paru, satay hati. aku tak dapat nak merasa satay hati sebab abis. harga dia murah gila, RM0.50 sebatang/semua jenis.so konsep dia, makan mana kau nak. mana yang kau tak makan dia tak kira. so let say kau tak makan satay perut, kau biarkan je. nanti dia amik balik.kalau nak tambah just kau laung je. nanti diorang datang bawak satay terus letak pinggan.cool gila


ni kuah kacang dia. kau tengok timun dia potong besar besar. tak kedekut. ai like

wohoo! sate dia. double like. ada satay ayam, satay daging and satay perut.

see the juicy of satay pperut. *drooling


cup yang sangat oldschool.
rasa dia? jauh lebih sedap dari haji samuri. tekstur dia lembut, juicy. bila makan rasa manis satay tu.ni aku taip ni pun rasa nak drooling jeh. aku syorkan kau try sate perut dia. marbeles!!!!!!

selain satay, dia ada mee rebus dan lontong. aku mee rebus ni kureng sikit. so aku amik lontong.siap kuah kacang yang banyak. orgasma bila hirup kuah. osmet pulak makan mee rebus. teruja gila muka dia

kau tengok sambal kacang dia. tak ke orgasma bila makan.slurrp.

nampak cam biasa. rasa????? ngancam. aku yang tak suka jadi suka.
so harga makan kat sini memang murah gila. macam tak caya aku dan osmet belasah 38 batang.tu pun kalau ikut nak lagi, tetapi nasib satay perut dah abis

ini adalah senarai harga makanan kedai sate sedap depan affin tu.

satay semua jenis.............................    RM0.50/sebatang
lontong siap telur kuah lodeh 
ngan sambal kacang.........................    RM2/sepinggan
mi rebus ada telur...........................     RM3/sepinggan

murah kannnn????

pas makan, kitaorang terus usha hotel. nama hotel ni STREETVIEW HOTEL. location dia sebijik dalam chinatown tapi facilities dia wa cakap lu, terbaik ah. dah la murah.meh aku story sikit pasal hotel ni

Streetview Hotel

  • Hotel ni actually ada adik beradik lain:- Riverview hotel [mak dia] dan Townview Hotel [kembar dia] yang dua ni aku tak tahula best ke tak. kau cari la review sendiri.
  • rates dia pulak seperti yang tertera. tapi aku booking online ni dapat speacial rate RM80/night. promosi ni aku taktahu la sampai bila

rates for Streetview hotel.
for more info, log on to http://www.riverviewhotel.com.my
  • ini bukan hotel cikia cikia ye. location je chinatown tapi security dia tip top. parking lot best. tapi belakang hotel.
  • kau nak naik lift kena ada kad access. without kad access, lift tak terbukak. canggih wo! 
ada direction how to use. kalau tak boleh, kau terbalikkan kad. agak poning juga

canggih! security kira tip top
  • bukak pintu bilik pun kena ada kad access. ni standard la. tapi yang tak best if kau orang datang ramai ramai dan jalan pecah pecah susah la. sebab kad ada satu je. tak memasal kena duduk lift jadi jaga tunggu orang
  • tv dia, tv lekap dinding dan baru. channel tv dia ada astro ria, afc, standard channeld, espn. channel movie sila berangan.  kettle ada, cuma fridge takde lah.
  • paling best, design dia adalah fuh yohhh! cantik dan bersih
  • pintu toilet dia macam closet. pastu tempat shower adalah transperant ok.
  • andd dia ada satu tingkap di mana kau leh duduk kat situ sambil verangan. tapi view dia adalah china town je la bukannya pantai mahupun taman cantik.
  • sebelah hotel ni ada pasaraya macam nak bankrap tapi ada kedai buku bernama POPULAR yang besar. best sebab ada jual pencil pelik pelik dan murah
  • kalau kau  tau jalan, aku syorkan kau orang jalan kaki saja lah. sebab dekat. tapi kalau jenis malas cam aku, naik kereta, nuff said
benda aku paling suka design toilet dia. macam dalam closet gitu. terasa seperti  dalam Narnia.

aku jakun kali pertama. suka!

bilik air yang ala transperant. wohoo! sexy

dari depan pintu. simple and i like it to the max!

cantik. nuff said. totally worth it with rm80 per night

simple. suka design tempat sangkut baju.

tv yang best. fefeeling. see the tingkap. tempat tu muat untuk duduk bersila

view bila aku snap duduk dari tingkap

tingkap feeling. maaf for view chinatown but who cares. tinted. takda masalah kalau nak naked

simple but still ok

view dari atas katil


sangat worth it dengan RM 80 yang kau bayar. cuma hari aku datang, receiptionist dia adalah sedikit cibai. muka masam nak mati. period kot. 

masa aku datang tu, hujan adalah jenis leleh leleh tak berhenti-henti dari pagi. dan adalah sangat mematikan mood cuti cuti aku. tapi aku dan osmet gigih jalan kaki pi supermarket sebelah yang ada kedai buku tu.

tips kedua bila bercuti di muar. kalau kau check in kat hotel ni dan jalan jalan, sure kau akan nyonya tak betul sikit dan mintak kau duit. tapi kau jangan takut, sebab nyonya ni mintak dengan cara sangat polite.

"akak, mintak duit sikit boleh tak?" see? polite gila kan nyonya ni. sopan je. tak bagi pun macam kesian je. kat muar orang gila dia banyak yang style macam ni.

disebabkan hujan adalah bukan jenis tahap leleh leleh dah, maka kami tak dapat nak merayau lebih jauh lagi. just dapat masuk guardian, dengan senheng, benda benda yang leh dapat kat ibukota. *sangat frust.

so petang tadak buat apa lah. aku duduk camwhore kat bilik je sambil layan afc pastu tido. ingat kalau bangun nanti hopefully hujan berhenti tapi harammmm. sampai malam macam tu.

nasib bilik best so sedap aku nak golek golek. hotel ni aku tak pasti ada connection wifi ke tak dalam bilik as both of us tak bawak lappy pun. but if refer to website dia kata ada. 

aku mengantuk dah. esok aku sambung update lagi cerita makan atau tips yang kekonon macam orang nak baca tapii suka hatila aku nak pos kan?

salam gudnite semua


from diva budget

**gambar aku update esok.mata da makin mengecil ni. sudah berjaya update!


xx

Wednesday, February 09, 2011

malas

kalau nak ikutkan kerja aku melambak sangat neh. paper ada lebih kurang 13 naskah belum review, laporan bos mintak aku buat dunno je. work station aku kalau compare dengan sarang tikus, lawa lagii kot sarang tikus. kat papan board macam macam aku highlight. itu nak hantar, yang ni dah sampai dateline. semua tu pura pura je.


malasssssnya aku. takda sesape ke nak amik aku jadi bini?

aku nak goyang kaki, bulan bulan masuk 8 ribu. maid compulsory.

boleh?

dah la. aku malas nak update

Wednesday, February 02, 2011

teater musikal LAT kampung boy sebuah muzikal

tajuk dia gila panjang. ni aku tak chong [menipu] ok. ni aku copy bulat bulat dari portal istana budaya.

em, lately ni aku banyak kali update cerita pasal IB. bukan apa, dah naik gian kot tengok teater. tahu tiket mahal tapi berbaloi la dengan kepuasan yang aku dapat. lagi satu, aku rasa ada style bila tengok teater ni. style macam mana aku takleh nak gambarkan tapi rasa lebih "hot" dari biasa.

oklah, back to our main story.



kalau ikut portal IB, teater musikal "lat kampung boy sebuah muzikal" bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 16 Mac sehingga 3 April 2011.lat kampung boy sebuah musikal ini diterbitkan oleh sebuah kerjasama di antara Institut Terjemahan Negara Malaysia, Tall Order Productions Sdn Bhd dan Istana Budaya.

Tall Order Production tu adalah syarikat kepada Hans Isaac. so, kalau tak silap, Hans telah bekerjasama dengan Harith Iskandar dalam menjayakan pementesan pada kali ini. tengok pada orang yang mengarah pun macam-macam kelakar, hopefully teater ni best-lah.

antara pelakon yang akan menjayakan teater ini adalah awie, dimana dia akan jadi lat. sumber dari paper kata sebab muka awie ni ada macam muka lat sikit. aku taktahu la sama ke tak, so aku pun google. aku tengok tak sama pun. tapi taktahu la kalau sama masa muda remaja dulu. ke mata aku ni kero [juling]

so, kalau ikut paper lagi, awie cakap dia banyak belajar tentang lat ni dari mamat khalid sebab lat tu brother dia. serious aku baru tahu. jebon anak mat nor anak dia pun aku baruuu tahu jugak. haih.nampak sangat aku ni kurang entertaiment

selain dari awie, atilia akan memegang watak sebagai faizah, iaitu isteri kepada lat. yang lain-lain, doughlas lim, sandra sodie, jalil hamid dan etc.jangan suruh explain, aku pun tak berapa kenal. kecuali jalil hamid yang nyanyi lagu ayam.

tiket boleh didapati dari harga RM40 hingga RM300.diskaun sebanyak 20% akan diberikan sekiranya tengok pada 16 dan 17 mac 2011.

maknanya:-

tiket rm40 jadik   --> RM32
tiket rm70 jadik   --> RM56
tiket rm100 jadik --> RM80
tiket rm120 jadik --> RM96
tiket rm160 jadik --> RM128
tiket rm200 jadik --> RM160
tiket rm230 jadik --> RM184
tiket rm300 jadik --> RM240


TAPI NI PRICE UNTUK 16/03/2011 (RABU) DAN 17/03/2011 (KHAMIS) SAHAJA.HARI LAIN TAKDA DISKAUN.

dengan rajinnya aku copy tarikh dan waktu teater, beserta harga setiap seat untuk memudahkan sesiapa lah yang menjenguk.


jadual pementasan "lat kampung boy sebuah muzikal"

seat mengikut harga.kalau tak nampak tekan ctrl + scroll atas bawah. takpun, pergi portal IB


aku dan osmet memang bercadang nak p. tapi port terbaik kami tu harga dia macam tak best je. tapi apa apa pun insyallah la akan ku cuba pergi.

sapa-sapa nak beli tiket boleh beli di kaunter tiket di istana budaya. beli online pun boleh, sila klik disini [ticket2u]

jomla pi tengok sesama. aku tak mahu nak bagitahu tarikh nanti korang chop tempat feveret aku.

bai

xx

etika penonton di istana budaya

alang alang dah cerita pasal teater, meh aku share sekali etika penonton di istana budaya. mungkin certain of people tak aware benda ni. alah, kalau aku tak buat entri pun, korang boleh je google. takpun, kod etika penonton ni korang leh baca di portal rasmi istana budaya

aku dengan rajin dah link kan portal tu. pilah click kalau malas baca entri aku.

ok. dari segi pemakaian, dia depends. kalau kau tengok orkestra atau koir, pakaian adalah compulsory formal. kena pakai sut rasmi, takpun kemeja lengan panjang. tapi kalau kau kerja bomba, sut rasmi tu adalah bukan kau punya sut bomba ye.

mostly orang pakai baju batik.sebab apa? program macam ni tak ramai orang biasa biasa yang tengok. mostly datuk datin yang pergi. so, kena la smart-smart. at least dapat merasa cam datuk/datin ye tak?

aku? buat masa ni belum ada minat nak tengok orkestra.

tapi kalau pi tengok teater, boleh pakai kasual. jeans pun boleh tapi yang rocker-gabak-sini-sana adalah haram. t-shirt takde kolar pun jatuh tanda haram. bagi perempuan hot macam aku, hot pants, mini skirts, adalah dilarang ye. sini bukan disko kau nak dedah sini sana. tak boleh berpewatakan bimbo di istana budaya.

em, oh ye. selipar pun jatuh tanda haram. tak kisah la selipar kau jenama esprit ke, crocs original sekalipun. selagi dia kategori selipar, maka ia adalah harammm di mata penyambut tetamu istana budaya

oh ye, bagi yang suka dress up hiphop, tinggalkan gaya hiphop di rumah. sebab tak boleh pakai kasut sukan.

alah, bab pakaian ni senang kata, korang pakailah cun cun, hensem lebih lebih sikit. gaya seksi, selekeh korang bawaklah pi tengok wayang.

ok. ni antara yang lain:-

  • kena masuk awal at least 15 minit. bukan apa, seat kat IB seriously sempit. kau bayangkan kau adalah gemuk berganda, seat pulak yang kat tengah. merana kau tahu orang belah tepi nak bagi kau masauk. so bagi mengelakkan kau malu, betterlah kau datang awal sikit. 
  • lagi satu, kalau lambat, kau takleh directly masuk. korang akan dibawa ke satu tempat, then diorang akan bagi kau masuk bila waktu yang sesuai. kalau boleh elakkan la,IB tu bukan kecik. nanti semua orang pandang. tapi kalau nak glemer, digalakkan.
  • hanpon kena silent. bukan setakat silent, kau nak baca message pun tak boleh. nanti ada orang laser kau.kalau kau degil jugak, orang tu terus datang kat tempat kau. 
  • kamera pulak kalau ikut etika penonton adalah haram dibawa. tapi aku tengok melambak je yang bawak. dslr pun ramai. so pendapat aku camni. boleh je bawak kalau niat kau nanti nak amik gambar sebelum atau selepas teater nanti. kalau nak merasa kena banned, kau snapla during teater tu.hehe
  • yang lain, makan minum dan merokok adalah tak boleh.ini bukan wayang yang boleh bawak pop corn
  • bangun ke toilet aku tak pastila boleh ke tak? sebab takdela pulak experience macam tu. tapi if korang terkena, rasanya elok panggil orang kat tepi tu tanya. sebab kalau kau directly bangun, macam mengacau orang pulak menonton. tak pasal pasal kenan baling selipar pulak kang.
ha, itu antara etika penonton la yang boleh aku share.disamping tu, aku ada jugak sikit tips nak share.

satu. parking kat IB ni macam haram jadah skit. so, digalakkan datang awal bagi merebut parking. dapat parking sebelah tong sampah pun dah kira untung

dua. bawakla shawl sebab IB ni boleh tahan sejuk. ok bukan boleh tahan tapi memang tak boleh tahan. sejuk gila

tiga. kalau korang ada DSLR, bawaklah sekali. pengalaman aku bawak digital camera, semua gambar blurr je. melepas nak amik gambar sarimah hari tu. :(

empat. teater ni makan masa skit. so kalau sapa ada gastrik diwajibkan makan siap siap, karang perut korang pulak berteater dengan hebat.

lima. siap siap la kencing dari rumah. sebab bilik air kat IB memang sangat crowded.

ok, setakat tu jelah aku boleh share. hopefully berguna pada sesiapa yang rajin membaca.

ok nak tido. nantikan aku update cerita aku jelajah muar esok. 

till then

xx

teater muzikal tun mahathir 2




ni masuk kali ketiga aku tengok teater. kira dah naik ghairah dengan teater. bagi aku best tengok teater, dapat tengok in real. nak nak, some of the actor kau punya idola. drooling aja nampak real depan mata~

so sabtu lepas, aku bersama osmet dan few friends pakat pi tengok teater tun mahathir 2. actually tiket aku da beli sebulan yang lepas. elok beli awal awal, boleh pilih mana mana seat yang hangpa suka. kalau aku yang book, kalau boleh atas pentas aku nak duduk. sebab teater ni tak macam tengok wayang yang sound speaker kiri kanan. nak nak kalau tengok teater yang tangkap leleh. buatnya seat kat belah nun jauh belakang, sayup sayup jela kau dengar.

so, seat aku kali ni betul betul mengadap pentas. at first aku gabra jugakla sebab gila depan. osmet ngan kawan siap perli apesal tak book atas pentas terus. tapi bila teater dah start, aku rasa seat tulah terbaik di donia. dengar pun clear. taik hidung si actor pun boleh nampak kalau kau usha baik punya.

ok, basically teater tun mahathir ni adalah kali kedua ditayangkan di istana budaya. first time adalah tahun lepas. agak kontroversi jugaklah teater tun mahathir  ni, tapi bukan pada jalan ceritanya. kontroversi si pelakon pelakon dia(musim pertama). pasal kontroversi apa, korang google lah sendiri. ini bukan blog gosip dan aku pun tak minat nak gosip kat sini.

sejak kontroversi melanda, aku ada gakla google dok cari info pasal teater ni and kebanyakannya kata teater ni hambar, tak berapa best and macam macam lagi komen negatif terpampang kat mana-mana. well, mula mula aku pun terpedaya jugakla. tapi apa nak buat, tiket aku da beli sebulan awal. taknak tengok membazir pulak. so aku teruskan la jugak. tapi perasaan tu adalah sedikit terpengaruh dengan benda benda negatif tadi. sebab, kalau tak terpengaruh tu bukan aku nama dia.

oh ye, tiket aku harga rm55. seat paling depan sekali. kalau aku ikut perasaan hati yang dah terpengaruh ni, tak ke rugi?

seat aku start dari F15 hingga F20.RM52 sahaja
so.....


bila da tengok……em, sampai kesudah aku tak rasa menyesal. best, pada aku memang best. osmet siap nangis tu bila scene tun mahathir letak jawatan.hehe

ok. best tu takla sampai tahap teater natrah atau puteri gunung ledang. tapi, kalau nak kata hambar tu bohong betul. sarimah tu dari mula sampai ke habis, adaaaa je lawak lawak sengal dia. dia tak cakap pun aku da gelak. apa yang best tentang teater ni, somehow dia buat aku macam berminat dengan sejarah yang sebelum ni aku-tak-amik-kisah langsung. baru rasa betapa ceteknya pengetahuan aku. musa hitam pun aku tak kenal. haih, forgive me, im not person who got A in history, so paham paham aja lah.

sarimah memang cantik. dan kelakar tak hengat. misha pun sama.comel je


oh ye. pak ngah bukan lah pelakon tetapi si peng-arrangement segala muzik

antara barisan pelakon untuk teater muzikal tun mahathir ni ezani (penjual belacan), misha omar, isma daniel, elly mazlien, azian irdawaty, jalaluddin hassan, ac mizal dan etc lah. pelakon extra tu mana la aku nak kenal nama diorang kan.

speaking of ezani, aku memang tak ingat nama dia. benda yang clearly aku ingat pasal dia ialah dia jual belacan. hehe

so, teater ni ditayangkan start dari 20 januari hingga 30 januari 2011 lepas. so aku nak rekomen suruh pergi dah tak boleh la sebab dah lepas. tapi, if teater ni diulang semula pada masa akan datang, akau galakkan korang pergilah. tak rugi jika benda tu banyak melibatkan sejarah. J

oh ye. ni tips aku nak bagi. teater ni quite lama jugak. so, makan dulu sebelum perut anda buat teater jugak nanti.hehe

ok, next teater pulak, meh ramai ramai tengok teater lat the muzikal pulak. tak silap akan berlangsung pada bulan march 2011 nanti. apelagi, moh tengok ramai ramai.tapi, aku cop seat depan dulu.

till then,

xx