Friday, February 11, 2011

jelajah muar part 1: kedai satay


seperti satu malaysia sedia maklum, awal bulan hari tu adalah minggu yang heaven bagi si-penggemar -amik-cuti. cuma apply *cuti annual leave dua hari, dapat cuti straight lapan hari.

*hanya applicable bagi yang kerja normal atau di sektor kerajaan sahaja.


*dan sangat heaven gilaaa...

bagi sapa sapa penggemar makan, aku syor kan sangat lah korang pi muar, johor. pergh, syurga makanan murah.

ok takmo panjang panjang merepek, moh kita cerita.

perjalanan dari ibukota ke muar, johor aku estimated dalam sejam setengah. kalau korang bawak busuk busuk style pun dalam 2 jam lah. masuk plus highway, sila exit tangkak. pas bayar tol, kau belok kiri, terusss je sampai la muar.

tapi, aku exit ayer keroh. sebab aku cheapskate nak bayar tol banyak banyak. kalau korang tahu shortcut melaka, keluar ayer keroh. pastu amik AMJ

* cerita pasal AMJ, aku mati mati ingat dia shortform Arah-Melaka-Johor. Rupa rupanya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin. T_T malu aku sebab confident gila dengan osmet.

so dari nilai exit ayer keroh cuma RM12.40 Oh! sebelum tu, aku lupa. aku isi minyak full. estimate dalam RM60++.  dari exit air keroh ke muar dalam 40 minit. lalu AMJ ni memang adventure skit sebab banyak traffic light. tak silap aku dalam 15 traffic light gitu. taaapi sebab mode aku mode cuti cuti, aku tak ada kuasa nak maki maki. sambil jalan pun sambil tengok kampung ngan lembu, fefeeling gitu~

kitaorang sampai muar dalam kul 10 pagi terus usha satay. muar ni glemer dengan breakfast satay. osmet bulan lepas ada pergi satu  kedai dengan family dia. the thing is, dia tak hengat jalan tu. aku plak nama je duduk muar bertahun tahun, tapi aku jarang breakfast kat bandar. aku selalu brunch terus. eceh.

so, berpusing pusing la aku mencari kedai yang dimaksudkan osmet. setahu aku, kedai breaksfast satay muar yang popular yang kat depan bus stand muar tu je la sebab penah masuk tv3. tapi osmet kata tidak, sebab kedai yang dia pergi kedai buruk je dan bukan depan bus stand. itu dia pasti.

nasib bukan aku bawak kereta. maka berpusing pusing la kami satu bandar tu demi osmet nye kedai pilihan. satu tips pasal muar ni. aku paling tak suka drive kat muar. drivernya punya samsengggg, mengucap panjang aku. kau tak caya? meh test bawak keta, biar aku bawak. sebab aku kan membesar kat sini. so tipsnya adalah, mana mana jenis orang bawak kereta macam perempuan yang baru dapat P, pikirlah enam  tujuh kali bila drive kat muar ni. lagi satu, jammed di muar adalah takda bezanya macam kau di ampang, kolumpo. sila percaya

ok, balik ceta satay tadi. last last kitaorang give up. so kitaorang cadang nak makan dekat kedai satay yang dekat ngan affin bank tu je la even itu pun bukan kedai idaman osmet. so, lepas park kete tu, kitaorang jalan pi kedai. sambil tu mata melilau gak memerhati.mungkin dah rezeki kami.  rupa rupanya kedai tu betul-betul depan kedai satay yang sebelah affin tu. kedai serius buruk gila. mana la nak perasan.

osmet? gembira tak terkata gayanya

so, location kedai ni adalah berdekatan bus stand yang sebelah TRADER hotel. kedai dia adalah berhadapan dengan kedai satay sebelah affin. dia sederet dengan kedai majalah/buku. kedai dia memang buruk gila. aku tak dapat nak snap picture dari luar sebab ujan dah start gemuk gemuk dah. kedai dia memang nampak macam kedai cina tapi dont worry, tukang buat makan semua melayu.

makan kat sini, satay tak payah order. dia akan datang sepinggan dengan ada macam macam jenis satay. make sure kau datang awal la. dapat merasa semua satay yang ada. dia ada satay ayam, satay daging, satay perut, satay paru, satay hati. aku tak dapat nak merasa satay hati sebab abis. harga dia murah gila, RM0.50 sebatang/semua jenis.so konsep dia, makan mana kau nak. mana yang kau tak makan dia tak kira. so let say kau tak makan satay perut, kau biarkan je. nanti dia amik balik.kalau nak tambah just kau laung je. nanti diorang datang bawak satay terus letak pinggan.cool gila


ni kuah kacang dia. kau tengok timun dia potong besar besar. tak kedekut. ai like

wohoo! sate dia. double like. ada satay ayam, satay daging and satay perut.

see the juicy of satay pperut. *drooling


cup yang sangat oldschool.
rasa dia? jauh lebih sedap dari haji samuri. tekstur dia lembut, juicy. bila makan rasa manis satay tu.ni aku taip ni pun rasa nak drooling jeh. aku syorkan kau try sate perut dia. marbeles!!!!!!

selain satay, dia ada mee rebus dan lontong. aku mee rebus ni kureng sikit. so aku amik lontong.siap kuah kacang yang banyak. orgasma bila hirup kuah. osmet pulak makan mee rebus. teruja gila muka dia

kau tengok sambal kacang dia. tak ke orgasma bila makan.slurrp.

nampak cam biasa. rasa????? ngancam. aku yang tak suka jadi suka.
so harga makan kat sini memang murah gila. macam tak caya aku dan osmet belasah 38 batang.tu pun kalau ikut nak lagi, tetapi nasib satay perut dah abis

ini adalah senarai harga makanan kedai sate sedap depan affin tu.

satay semua jenis.............................    RM0.50/sebatang
lontong siap telur kuah lodeh 
ngan sambal kacang.........................    RM2/sepinggan
mi rebus ada telur...........................     RM3/sepinggan

murah kannnn????

pas makan, kitaorang terus usha hotel. nama hotel ni STREETVIEW HOTEL. location dia sebijik dalam chinatown tapi facilities dia wa cakap lu, terbaik ah. dah la murah.meh aku story sikit pasal hotel ni

Streetview Hotel

  • Hotel ni actually ada adik beradik lain:- Riverview hotel [mak dia] dan Townview Hotel [kembar dia] yang dua ni aku tak tahula best ke tak. kau cari la review sendiri.
  • rates dia pulak seperti yang tertera. tapi aku booking online ni dapat speacial rate RM80/night. promosi ni aku taktahu la sampai bila

rates for Streetview hotel.
for more info, log on to http://www.riverviewhotel.com.my
  • ini bukan hotel cikia cikia ye. location je chinatown tapi security dia tip top. parking lot best. tapi belakang hotel.
  • kau nak naik lift kena ada kad access. without kad access, lift tak terbukak. canggih wo! 
ada direction how to use. kalau tak boleh, kau terbalikkan kad. agak poning juga

canggih! security kira tip top
  • bukak pintu bilik pun kena ada kad access. ni standard la. tapi yang tak best if kau orang datang ramai ramai dan jalan pecah pecah susah la. sebab kad ada satu je. tak memasal kena duduk lift jadi jaga tunggu orang
  • tv dia, tv lekap dinding dan baru. channel tv dia ada astro ria, afc, standard channeld, espn. channel movie sila berangan.  kettle ada, cuma fridge takde lah.
  • paling best, design dia adalah fuh yohhh! cantik dan bersih
  • pintu toilet dia macam closet. pastu tempat shower adalah transperant ok.
  • andd dia ada satu tingkap di mana kau leh duduk kat situ sambil verangan. tapi view dia adalah china town je la bukannya pantai mahupun taman cantik.
  • sebelah hotel ni ada pasaraya macam nak bankrap tapi ada kedai buku bernama POPULAR yang besar. best sebab ada jual pencil pelik pelik dan murah
  • kalau kau  tau jalan, aku syorkan kau orang jalan kaki saja lah. sebab dekat. tapi kalau jenis malas cam aku, naik kereta, nuff said
benda aku paling suka design toilet dia. macam dalam closet gitu. terasa seperti  dalam Narnia.

aku jakun kali pertama. suka!

bilik air yang ala transperant. wohoo! sexy

dari depan pintu. simple and i like it to the max!

cantik. nuff said. totally worth it with rm80 per night

simple. suka design tempat sangkut baju.

tv yang best. fefeeling. see the tingkap. tempat tu muat untuk duduk bersila

view bila aku snap duduk dari tingkap

tingkap feeling. maaf for view chinatown but who cares. tinted. takda masalah kalau nak naked

simple but still ok

view dari atas katil


sangat worth it dengan RM 80 yang kau bayar. cuma hari aku datang, receiptionist dia adalah sedikit cibai. muka masam nak mati. period kot. 

masa aku datang tu, hujan adalah jenis leleh leleh tak berhenti-henti dari pagi. dan adalah sangat mematikan mood cuti cuti aku. tapi aku dan osmet gigih jalan kaki pi supermarket sebelah yang ada kedai buku tu.

tips kedua bila bercuti di muar. kalau kau check in kat hotel ni dan jalan jalan, sure kau akan nyonya tak betul sikit dan mintak kau duit. tapi kau jangan takut, sebab nyonya ni mintak dengan cara sangat polite.

"akak, mintak duit sikit boleh tak?" see? polite gila kan nyonya ni. sopan je. tak bagi pun macam kesian je. kat muar orang gila dia banyak yang style macam ni.

disebabkan hujan adalah bukan jenis tahap leleh leleh dah, maka kami tak dapat nak merayau lebih jauh lagi. just dapat masuk guardian, dengan senheng, benda benda yang leh dapat kat ibukota. *sangat frust.

so petang tadak buat apa lah. aku duduk camwhore kat bilik je sambil layan afc pastu tido. ingat kalau bangun nanti hopefully hujan berhenti tapi harammmm. sampai malam macam tu.

nasib bilik best so sedap aku nak golek golek. hotel ni aku tak pasti ada connection wifi ke tak dalam bilik as both of us tak bawak lappy pun. but if refer to website dia kata ada. 

aku mengantuk dah. esok aku sambung update lagi cerita makan atau tips yang kekonon macam orang nak baca tapii suka hatila aku nak pos kan?

salam gudnite semua


from diva budget

**gambar aku update esok.mata da makin mengecil ni. sudah berjaya update!


xx

3 comments:

osmet said...

oit cepat update yg seterusnya.gambo2 lagi.

btw, kesilapan typo harap diminimumzerokan. hehe :p

nirea nor said...

dah fully udpate. segala typo dah diedit.hehehe

chenta said...

yes!drive kat muar memang sangat mencabar!dulu memula i drive kat sana, i masih lesen P..fuh~~memang la..tp skrg dah ok dah ^_^

nnt nk try la..i pnh mkn kat kedai yg sgt popular tu...yg kedai tu satay n masak melayu, tp air org cina buat..