Tuesday, March 22, 2011

radiasi dari jepun sudah tersebar di malaysia?

baru-baru ni kita dikejutkan dengan satu lagi serangan tsunami yang berlaku di jepun. aku sendiri sebak bila men-youtube tsunami tersebut. betapa besarnya kuasa-Nya dan somehow, dia buat aku bersyukur bila mana malaysia masih terselamat daripada segala musibah/malapetaka.

tapi kalau tengok tajuk, aku bukan nak ulas pasal tsunami jepun. tadi aku terima sms dari osmet. dia pesan "eh kamu. buat masa ni jangan beli sushi or anything related ya. kurangkan makan ikan gak. saya baca diorang tulis radioaktif dah bergerak ke sini"


comel message osmet ni. *tengokla osmet sape* sengih sengih baca message osmet. pandai osmet bloghopping ye. macam makcik gossip pun ada.

maka aku yang curious terus meng-google. takut jugala sebab sushi tu adalah antara favourite tu. hasil dari google, banyak gossip yang aku baca. ada yang dah kata dah sampai, tak boleh keluar rumah bila hujan. ada jugak yang kata dah ada yang admit. tapi ada jugak yang kata tak. haih.

tapi saya ada la ter-link pada satu blog ni. meh kita terjah
http://yatiechomeyl.blogspot.com/2011/03/radiasi-dari-jepun-akan-tersebar-ke.html

somehow, after i read the entry, adalah logik jugak apa yang dia tulis. plus, video you tube betul betul buat aku faham tentang radiasi tu. so cerita radiasi tersebar sampai ke malaysia tu mungkin betul, mungkin tak jugak

pada aku, its depends la pada diri korang masing. sebabkan aku ada osmet yang kiut yang bagi message kiut itu, maka aku pilih untuk stop makan shushi[em, peberet], stop makan ikan,start pakai mask and kurangkan kena hujan.

goodbye my lover sushi.

maka, sebenarnya aku tiada pilihan selain dari makan ayam/daging kan? takpelah kalau ia akan menyebabkan aku terlebih gebu [sooner] asalkan aku tak kena radiasi. kan osmet?

oh ye. pada sesiapa yang masih mengikuti perkembangan terkini di jepun, pandangan aku better kau pi check dekat FB Amir ni. info dia adalah lebih tepat daripada media yang lain.


dah pukul lima. dah dua minggu aku pura pura busy punch out pukul 8 malam. so hari ni aku nak punctual.

sebab nak shopping. till the, xx

Putrajaya International Hot Air Balloon 2011

pada minggu lepas, berlangsungnya pesta hot air balloon buat kali ketiga di presint 2, putrajaya pada 17-20 mac, 2011.



dulu, masa aku tak menetap kat putrajaya ni, kemain gigih aku nak pergi hot air balloon ni. sanggup nak datang balik putrajaya waktu hari sabtu/ahad. kemain menggeletis lagi. tahun ni, dah duduk sekankang kera je, nak menjengah pesta pun aku taknak.

tahun lepas, beria-ia aku. maklumlah first time. pesta berlangsung 3 hari, 2 hari aku sanggup datang. hari pertama aku datang pukul 7.30 pagi which is aku ingat dah terlalu awal la kononnya untuk p beli tiket naik hot air balloon tu.hari sabtu, takkan la ada orang kan nak bangun pagi semata nak p pesta, and aku adalah totally wrong, di mana pada pukul 730 pagi aku sampai tu la, putrajaya ni dah ibarat jalan ampang waktu peek hour. jalan pun dah tak nampak punya ramai orang. yang nak beratur naik belon tu, da sampai ke jambatan macam pulau pinang tu ramainya. tapi aku gigihhh jugak nak beratur. dahla tiket limits 300 orang satu sesi. padahal aku yang kat jambatan tu mungkin orang yang ke-999, gigihhh jugak nak beratur.

seperti takyah jangka, memang aku tak dapat nak naik belon tu. sedihnya tak payah cerita. kawan kawan pun sama. maka, masing-masing decide esok pi lagi. kali ni nak p lebih awal lagi. ambik kau, pukul 530 pagi kami da terpacak dekat pintu tiket.

tak. aku bukan orang pertama depan pintu. depan aku ada lebih kurang 10 orang. tak tahu la kot kalau diorang berkampung dekat situ. siap ada yang subuh kat tepi jalan tu. aku sempat lelap tepi jalan. tak peduli lah orang nak pandang ke apa.kau bayangkan lah penangan hot air balloon pada aku suatu ketika dulu.

taapi pukul 800 pagi, orang depan aku yang mulanya 10 orang tu dah jadi dekat 100 orang pulak. ni la masyarakat kita. diorang ni bab nak menipu memang kreatif. macam-macam taktik aku tengok. aku? takde maknanya nak pandang jeh. kalau nak makan maki, try lah.

kalau belajar dulu gigih macam ni mungkin da JUSA C kot sekarang? :p
sebab gigih sangat, dapat jugak tiket naik hot air balloon tu. kemain riang hati ni. tengok punye la ramai beratur berebut tiket aku ingat naik hot air balloon tu dia bawak g merayau-rayau putrajaya ni. harammmmm.

ada la dua hot air balloon yang diikat. so sapa dapat tiket akan masuk dalam bakul dan balloon akan naik, dalam masa sepuluh minit kot. ya...belon panas yang diikat tu naik lebih kurang sepuluh minit kat situ je. jangan nak berangan macam boleh pi ke tempat lain. macam tak padan jenuhnya aku nak dapat tiket. nak ikut bodoh, bodoh aku la kan tak survey dulu.ni ni ngan penat aku kejar tiket, ngan berperang lagi ngan manusia potong queue, macam macam. bila kenang-kenang balik memang lawak. dah la bakul dia takdak pintu. mana yang gebu macam aku ni payah jugak la nak keluar masuk bakul.

dua hot air balloon yang diikat dan terbang tak tinggi tapi RM10
at least aku ada la pengalaman. tu sebab jugak la tahun ni macam endah tak endah je. seronok memang seronok.

boleh nampak muka dengan jelas adalah bukti ketara dia tak naik tinggi. RM10 okeh


si penggigih beratur dari 5.30 pagi.yang penting, merasa

tapi kenang balik nak sesak-sesak, nak bau ketiak, belum lagi kena himpit-himpit. takpe la kot. bagi can la orang luar putrajaya. aku, lebih baik duduk lepak pullman. tenang je rasa. :)

Tuesday, March 01, 2011

angin lalu membawa diriku

hari ini hari selasa.sekarang jam kat pc aku dah menunjukkan pukul 7.34 malam. dan aku masih lagi berada di opis.sila percaya



dan macam tu lah rutin aku untuk dua minggu akan datang. dalam dua minggu cukup nak naikkan kulat kat blog aku nih.

tekanan jiwa aku. sigh