Tuesday, May 31, 2011

tips : update entry melalui email

malam ini agak gigih dan rajin nak update blog. tak mahu merapu panjang, entry kali ni aku nak ajar macam mana nak update blog melalui email.

oh ya, ini hanyalah praktikal jika kau pakai blogger. wordpress atau selain daripadanya aku taktahu.

mukadimah.
apa yang aku ajar ini amatlah berbaloi pada sesiapa opis dia dah blocked blogger. takpun bagi mana-mana pengguna smartphone iphone, blackberrry. bagi pengguna blueberry, maaf anda tak layak.

cara-cara.
caranya mudah sekali. thanks to osmet yang mengajar.

login blogger > settings > email & mobile. sini aku kasi print screen sikit

tengok bahagian posting options

under email posting adress ni yang perlu kau isi. tak faham? meh aku explain. ini adalah email rahsia kau. maksudnya, kalau kau nak update entry through email, kau kena send email kat adress ni. yang belah depan [i.e nirea.nor] tu dia auto-generated. system akan terus ambil id kau. tak boleh nak tukar dah. yang dia letak secret itu adalah kata rahsia kau. contoh, kalau kata rahsia aku adalah jebon, maka email aku akan jadi nirea.nor.jebon@blogger.com. jadinya bila kau nak update blog via emial, sendkan entry kau ke alamat ini. dia mesti blogger.com ye, bukan yahoo atau gmail etc etc

kata rahsia ni mesti kau seorang je tau. kenapa? sebabnya nak menjaga security of your entry. kalaulah jiran kat kampung kau tahu kata rahsia ni, buatnya dia buat entry hina islam, tak pasal-pasal kau kena tangkap. sekarang kau paham konsep kenapa kau sorang je boleh tahu kata rahsia tu?

conclusion
aku da try via email dan via blackberry. testing aku berjaya. kalau lepas ni aku tak update entry jugak, taktahu la nak cakap apa.

hopefully tips ini membantu. thanks to osmet, sebab beri info ni. :)

penutup
dah, nak busy balik. selamat malam

xoxo

busy



mengupdate blog bukanlah menjadi favourite aku, lately ni. padahal hati ini meronta-ronta nak update. macam-macam benda aku nak merapu. aku nak cerita hari lahir aku, nak cerita langgar tembok, nak cerita g hari belia etc etc. tapi kesudahnya haram apa pun aku tak update. bukan setakat tak update, nak log in blogger pun malas. bila osmet tanya kenapa aku tak update blog, busy adalah jawapan yang terbaik. memanjang aku kata busy. busy ke aku ni? busy tapi aku sempat main game winlines hari-hari. busy tapi aku sempat buat bisnes part time. yang ikut sebenarnya, memang aku busy. sempena dapat bos baru yang semangat dia fuhyoh! so, aku memang busy. tahun lepas sasaran kerja tahunan (SKT) aku ada tiga belas perkara saja. tahun ni dah mencapai sembilan belas perkara. 


kau ada kerja sampai sembilan belas perkara? ? itu tak termasuk lagi perkara mengikut arahan dari semasa ke semasa. mahu muntah darah kalau fikir.


dah, cukup setakat itu. aku akan cuba update sekerap yang mungkinlah lepas ni. mungkin update blog ni kena masuk SKT baru laju sikit entry. ngehngeh

oklah, mahu tengok tv busy. till then, xoxo