Wednesday, July 31, 2013

cerita ramadhan aku

salam puasa
salam kepada yang tak sabar nak beraya (aku ler tu)

diam tak diam nak dekat sebulan dah berpuasa. kalau dedulu, rasa lama bebeno puasa sebulan tu. maklumlah, zaman-zaman jahiliah tak terasa betapa nikmatnya berpuasa.la ni, bila hati dah terbuka nak bertaubat (alhamdulillah) barulah terasa nikmatnya puasa sehari. hopefully perasaan ini kekal sampai akhir hayat (amin!)

ceta pasal bazaar ramadhan..rasanya tahun ni kurang sikit kot berbelanja sakan ke bazaar ramadhan. mula tu, macam nak dietlah kononnya. well, nama pun konon-konon kan, diet semua campak ke laut. tapi campak di sisir-sisir pantai la sebabnya, dalam masa konon-konon tu, 30 peratus berjaya jugak la. bukan dari segi turun kg, tp dari segi turunnya RM berbelanja.

aku rasa minggu pertama puasa kot yang berjaya beli satu jenis benda je untuk berbuka. no more extra food, kuih segala bagai jangan nak mimpi. mulanya rasa nak ngelat-ngelat la sesikit kan.. tapi malangnya, ada dua orang ala serupa hitler memantau segala gerak beli aku untuk tahun ini. so ada berani ko nak lawan hitler?? mak tak sanggup diknon

puasa pertama, sahur aku makan roti sardin gardenia yang berharga RM0.90 SAHAJA. air aku bancuh sepeket ephyra. (start first puasa try ephyra sebab jeles muka osmet tidak serupa planet marikh lagi *kidding) SAHAJA tu aku sengaja buat capslock. aku pun macam tak caya tapi kang makan lebih ada kena bantai dengan hitler-bermuka-licin karang. :p

tapi tulah, kelebihan puasa. kalau hari biasa ni, tak breakfast pun boleh sampai pitam lah, nak pengsan lah bagai. bila tang puasa makan roti seketul je pun, elok je sampai ke petang. nampak tak betapa propanya aku sebelum ni. hoh.

time buka pulak aku kirim kat opis boy suruh beli nasi ayam JE. JE tu capslock sebab exegerrate. sengaja aku kirim. aku tau kalau aku yang pergi, memang takde maknanya beli satu jenis je. karipap kompem sepuluh biji. tu tak ceta ayam goreng singgit la, bla bla.

so hari pertama puasa, perbelanjaan aku adalah sebanyak RM5.90. tu pun sebab ayam mahal nak kena maki. aku bajet bawah RM5 dengan harapan ade balance la. harapan palesu belaka

so diet aku ni, ala-ala satu jenis je bila buka bertahan seminggu je kot. sebab lepas tu ade balik kampung. aku sampai2 je umah, nah amik ko seperiuk sup tulang mak aku buat.tiga kali aku tambah nasi. minggu berikutnya pulak, banyak jemputan berbuka, aku apa lagi basuh selera je la jawabnya. minggu ketiga, aku da peot. diet memang dah tak wujud dah time ni. bawak roti tiga buku kat opis, habis aku balun sehari. plus buat megi lagi. bermaharajalela konsepnya.

la ni, minggu-minggu terakhir nilah nak cuba diet. kot kalau menjadi la kan. tapi hari ni aku bedal nasik jugak lauk ayam golek separuh. tp kongsi dua... ayat penyedap hati

itu je la cerita ramadhan aku tahun ni. ramadhan kali ni alhamdulillah, satu sesi solat pun aku tak tinggal which is pada aku memang perubahan besar la dalam diri aku. setan-setan takde dah nak bisik-bisik kat telinga. aku harapkan benda ni berkekalan.(amin!) lagi, ada hamba allah dengan baik hati memberi mercun klcc (kot) sebanyak 138 das. aku pun macam seram nak bakar. ade jugak polis datang tangkap tak sempat nak melaram baju raya. tapi tu lah ek, 138 das tu kalau bakar, berapa lama dia meletop. kalau dekat sejam, tak dayo acik nak nunggu doh.orang dah bagi free, ai pun sebat je la dengan ucapan trimass uols.

ni cemano nak main neh? acik tak pandai do, kang tobaka lak satu kampung


so, macam mana ramadhan korang? mai mai la share. sharing kan caring? gittew

till then, assalamualaikum
and... xoxo

No comments: